• Qurban Bersama Madrasah Hashimiah 2017 Masih Dibuka

    Pengasas, Ustaz Hashim dan Encik Muhammad selaku Pengerusi Madrasah ketika musim perayaan tahun 2016
    Assalammualaikum dan salam sejahtera,

    Alhamdullilah pada tahun ini, sekali lagi pihak Madrasah Hashimiah akan menganjurkan Ibadah Qurban sempena Perayaan Hari Raya Aidiladha yang bakal menjelma tidak lama lagi. Menurut syarak, ibadah Qurban bermaksud menyembelih binatang ternakan pada Hari Raya Aidiladha (10 Zulhijjah) dan hari-hari Tasyriq (11,12 dan 13 Zulhijjah) dengan niat mendekatkan diri kepada Allah SWT. 

    Hukum ibadah Qurban ialah sunat muakkad, iaitu amalan yang amat digalakkan bagi golongan yang berkemampuan. Sabda Nabi SAW; “Tidak ada amalan yang paling disukai Allah pada Hari Raya Qurban melebihi dari menyembelih qurban. Binatang qurban akan datang pada hari kiamat dengan tanduknya, kuku-kukunya dan bulu-bulunya” (Sunan at-Tirmizi; 1496, hasan).
    Ibadah Qurban dilakukan setiap tahun di Madrasah Hashimiah dan daging ini akan diagihkan kepada golongan aznaf yang terdiri daripada pelarian Rohingya, masyarakat Myanmar Muslim di Malaysia dan untuk simpanan Madrasah kepada pelajar-pelajar asrama di sini. 

    Sesi gotong-royong melapah daging lembu pada musim perayaan lalu

    Pada tahun ini, kami ingin membuka peluang dan mengalu-alukan orang ramai untuk melaksanakan ibadah qurban pada tahun ini bersama Madrasah Hashimiah. Satu bahagian bermula dengan harga RM750, manakala bagi lembu yang besar pula berjumlah sebanyak RM1400 untuk satu bahagian. Syukur ke hadrat ilahi, tahun lepas kami berjaya qurbankan 3 ekor lembu besar dan memanfaatkan lebih 600 keluarga serta pelajar-pelajar madrasah. 

    Ustaz Hashim memberi daging korban kepada golongan asnaf

    Oleh itu, dengan rendah hati kami mengalu-alukan jikalau terdapat individu-individu yang ingin memeriahkan lagi sambutan perayaan hari raya qurban di Madrasah Hashimiah boleh hubungi terus pejabat di 0182882754 (Fazlan) atau berhubung dengan pengetua, Ustaz Hashim di 0192621671 atau email kami di mhashimiah@gmail.com. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 31 Ogos 2017. Sedekah qurban untuk sebarang jumlah juga dibuka untuk para dermawan yang baik hati.

    Pembayaran boleh dilakukan ke akaun CIMB 8600202864 (Madrasah Hashimiah) disertakan dengan maklumat berikut:-

    Nama:
    Jumlah Bahagian:
    Jumlah Nilai:
    Masa dan Tarikh Transaksi:

    Semoga Ibadah qurban kita pada tahun ini dapat memanfaatkan saudara-saudara kita dan mendapat keberkatan Allah SWT.

    Syed Muhammad Afiq bin Syed Yussof (Kindness Malaysia)
    Pelajar Praktial (University of Southampton, dibawah biasiswa Yayasan Khazanah)
    Madrasah Hashimiah