• Al-Quran Cahaya Sebuah Kehidupan


    Ilmu adalah cahaya dalam sesuatu lorong-lorong kehidupan manusia. Ia memberi sinaran kepada manusia dalam mencari laluan kehidupan yang di redhai oleh Yang Maha Esa. Ilmu juga tidak ada sekatan mahupun dinding pemisah kepada manusia-manusia tertentu, sebaliknya ilmu itu berhak pada manusia yang mencari, mendalami serta mengamalkan dalam kehidupan seharian dalam arus dunai yang serba moden. Dalam musnaf Al-Quran, Allah Taala berfirman:

    Hai orang-orang yang beriman apabila dikatakan kepada kamu: " Berlapang-lapanglah dalam majlis", maka lapangkanlah niscaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan: " Berdirilah kamu", maka berdirilah, niscaya Allahakan meninggikan orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang di beri ilmu pengatahuan beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengatahui apa yang kamu kerjakan.

    Ustaz Hashim mendengar dan semak bacaan pelajar-pelajar
    Mohd Jamel sendang memperdengarkan bacaan Al_Quran
    Begitu juga ilmu amat penting bagi Madrasah Hashimiah, terutama ilmu Al-Quran yang di wajibkan bagi semua pelajar-pelajar di Madrasah Hashimiah. Ia di terapkan dari umur seawal umur 4 tahun sehingga 17-18 tahun untuk menjadi manusia yang berpegang teguh kepada syiar Islam iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. Pelajar-pelajar di sini akan bertalaqqqi bersama ustaz dan ustazah setiap hari kecuali hari Ahad kerana cuti sekolah bagi pelajar-pelajar di madrasah. Setiap minggu pelajar-pelajar akan di semak bacaan serta tajwib oleh Ustaz Hashim selaku pengetua serta pengasas Madrasah Hashimiah. Ustaz Hashim akan menilai bacaan pelajar-pelajar dan akan di bincangkan serta jalan penyelesaian bersama ustaz dan ustazah jika ada kekurangan hafalan, sebutan pelajar-pelajar madrasah.

    Pelajar-pelajar sedang mengalunkan bacaan Al-Quran  
    Oleh yang demikian Madrasah Hashimiah sangat menitik-beratkan dalam penyampaian dan penerimaan ilmu Allah kerana setiap ilmu yang di amal di atas muka bumi ini akan menjadi saksi di hadapan pemilik ilmu Allah SWT dan akan membantu semua anak anak Adam a.s untuk ke tempat yang kekal abadi, Syurga yang di ciptakan oleh Allah SWT untuk hamba-hamba Nya yang taat kepada Nya. 

    Jika ingin membantu dan menambah saham akhirat, para dermawan-dermawan yang baik hati boleh membuat sebarang pertanyaan dan sumbangan boleh dilakukan melalui bentuk kewangan di CIMB Bank, nombor akaun -8600202864 (Madrasah Hashimiah) atau ke akaun Maybank 562151419729 (Madrasah Hashimiah). Untuk pertanyaan lanjut, boleh menghubungi Pengetua Madrasah Hashimiah iaitu Ustaz Hashim Bin Kassim di talian 019-262 1671 dan Pejabat Madrasah Hashimiah di talian 018-2882754 atau 03-6127 5582.


    Mohamad Fazlan Bin Mohamad Ashraf 
    Penolong Pegawai Tadbir
    Madrasah Hashimiah