• Majlis Kenaikan Pelajar Al-Quran


    Setiap ibu dan ayah ingin anak-anaknya berjaya dunia dan akhirat. Jika dunia pastinya mempunyai kehidupan yang baik dalam semua aspek termasuk kehidupan kerjaya dan berkeluarga. Untuk kehidupan akhirat mestilah menjadi insan yang yang baik rohani dan jiwa yang disisi kefahaman Al-Quran, Bagi ibu bapa, harapan yang tinggi untuk melihat anak-anak berjaya dunia akhirat. Sama seperti pelajar-pelajar Madrasah Hashimiah, anak pelarian-pelarian Myanmar Muslim dan Rohingya yang menjadi harapan kepada ibu dan bapa untuk menjadi manusia yang berjaya dunia akhirat dan boleh membezakan antara benar dan bathil. 

    Kata-kata aluan dari Ustaz Hashim tetamu 
    En Muhamad memberi ucapan ringkas kepada tetamu 
    Adik Omairah dan adik Dilnahar mendengar ucapan dari Ustaz Hashim
    Allah berfirman dalam surah Al-A'raaf (7:2) 
    "Ini adalah sebuah kitab yang diturunkan kepadamu, maka janganlah ada kesempitan di dalam dadamu kerananya, supaya kamu memberi peringatan dengan kitab itu (kepada orang kafir) dan menjafi pelajaran bagi orang-orang yang beriman." 

    Isnin, 2/3/2017 Madrasah Hashimiah mengadakan satu majlis kenaikan pelajar Al-Quran yang umur di antara 6 tahun hingga 9 tahun. Terdiri dari pada 6 lelaki dan 5 perempuan, juga di hadiri oleh ibu dan bapa kepada pelajar-pelajar madrasah. Alhamdulillah berkat dan kesungguhan pelajar-pelajar madrasah dalam mendalami bacaan dan hafazal Al-Quran. Kejayaan pelajar-pelajar tidak datang dengan bantuan guru-guru yang berdidikasi serta tidak pernah putus asa pada pelajar-pelajar mereka. Ibu dan bapa juga memaikan peranan yang sangat penting dalam galakan serta sokongan kepada nak-anak untuk menjadi tunjang belakang dalam membina insan yang berjaya dunia dan akhirat. 

    Ustaz Hashim mempedengari bacaan surah Al-Baqarah 
    Abu Hurairah dan Wahid mengikut bacaan dari Ustaz Hashim 
    Pelajaar-pelajar yang berjaya naik Al-Quran  
    Berdoa pada Yang Esa atas nikmat rezeki dan rahmatNya
    Bakal menjadi Hafiz dan Hafizah di Madrasah Hahimiah 
    Oleh itu, Madrasah Hashimiah syukur atas limpahan rahmat dan rezeki dari Allah S.W.T dengan kehadiran dermawan-dermawan yang baik hati untuk membantu perjalanan membina insan yang berjaya dunia akhirat. Bagi yang ingin yang menderma untuk sebarang pertanyaan dan sumbangan boleh dilakukan melalui bentuk barangan dan melalui kewangan di akaun CIMB Bank, nombor akaun -8600202864 (Madrasah Hashimiah) atau ke akaun Maybank 562151419729 (Madrasah Hashimiah). Untuk pertanyaan lanjut, boleh menghubungi Pengetua Madrasah Hashimiah iaitu Ustaz Hashim Bin Kassim di talian 019-262 1671 dan Pejabat Madrasah Hashimiah di talian 018-2882754 atau 03-6127 5582.

    Mohamad Fazlan Bin Mohamad Ashraf 
    Penolong Pegawai Tadbir 
    Madrasah Hashimiah