• Kelas Jahitan Cabang Ilmu Baru Madrasah Hashimiah


    Madrasah Hashimiah merupakan sekolah komuniti untuk pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim yang meletakan silibus Al- Quran sebagai keutamaan dan diikuti dengan mata pelajaran akademik sebagai tambahan kepada pelajar-pelajar madrasah. Ia banyak membantu pelajar-pelajar dalam menimba ilmu yang baru serta diberi peluang seperti kebanyakan anak-anak warga Malaysia yang mendapat ilmu di sekolah yang di sediakan oleh kerajaan Malaysia.

    Pelajar sedang belajar teknik jahitan baru 

    Salah satu cara untuk memudahkan pelajar-pelajar cepat belajar
    Di sini pelajar didedahkan dengan ilmu yang baru yang melibatkan kemahiran dalam menambahkan pelbagai ilmu yang bermanfaat bagi pelajar-pelajar Madrasah Hashimiah. Ilmu yang di maksudkan ialah kemahiran menjahit yang di ajar pada setiap hari Ahad dari pukul 2.00 petang sampai 5 petang. Ia menambah kemahiran kepada pelajar-pelajar perempuan yang besar dan guru-guru perempuan di samping menjana ekonomi keluarga pada masa akan datang. 


    Guru-guru perempuan turut terlibat dalam kelas menjahit 
    Kemahiran menjahit mengajar pelajar lebih fokus 
    Di harap pelajar-pelajar serta guru-guru sentiasa istiqomah dalam menimba ilmu baru sama ada kemahiran mahupun akademik demi kehidupan yang lebih baik pada masa akan datang. Oleh itu, bagi yang ingin yang menderma untuk sebarang pertanyaan dan sumbangan boleh dilakukan melalui bentuk barangan dan melalui kewangan di akaun CIMB Bank, nombor akaun -8600202864 (Madrasah Hashimiah) atau ke akaun Maybank 562151419729 (Madrasah Hashimiah). Untuk pertanyaan lanjut, boleh menghubungi Pengetua Madrasah Hashimiah iaitu Ustaz Hashim Bin Kassim di talian 019-262 1671 dan Pejabat Madrasah Hashimiah di talian 018-2882754 atau 03-6127 5582.

    Mohamad Fazlan Bin Mohamad Ashraf 
    Penolong Pegawai Tadbir 
    Madrasah Hashimiah