• Kelas Kemahiran Membuat Roti Canai


    Kemahiran manusia terbahagi kepada dua iaitu kurniaan dari yang Maha Esa dan dari kesungguhan dari diri yang di berikan peluang oleh yang Maha Esa. Kemahiran yang yang pertama tidak semua manusia bertuah memilikinya kerana ia anugerah dari Allah Taala. Untuk yang kedua manusia sentiasa di berikan peluang dan ruang untuk mengambil peluang itu dari pemberian Allah Taala untuk menunjukan kesungguhan dalam proses menimba ilmu kemahiran yang telah diberikan peluang. Begitu juga dengan pelajar-pelajar Madrasah Hashimiah diberikan peluang untuk belajar kemahiran yang baru, cara-cara menyediakan Roti Canai dan di ajar oleh pengetua madrasah iaitu Ustaz Hashim. 

    Ustaz Hasim sedang menunjukan penyediaan doh roti 

    Pelajar-pelajar perempuan turut libatkan diri dalam kemahiran 
    Pada Jumaat yang lepas, bersamaan 3/11/2017 para pelajar-pelajar yang umur 14-17 tahun lelaki dan perempuan terlibat dengan kelas penyediaan Roti Canai bersama tenaga pengajar Madrasah Hashimiah. Kelas tersebut di ajar cara penyediaan dari bahan asas untuk membuat roti sehingga siap menjadi Roti Canai yang menjadi makanan rakyat Malaysia sama ada pagi dan malam. Ustaz Hashim berkongsi pengalaman beliau sewaktu berada di Thailand sebagai peniaga Roti Canai sebelum berhijrah ke Malaysia. Ia sedikit sebnyak membantu pelajar-pelajar madrasah yang mana kurang bernasib baik dalam pengajian di Madrasah Hashimiah, mungkin ini boleh membantu mereka untuk teruskan hidup dan membantu ekonomi sendiri dan keluarga. 


    Guru-guru juga di beri peluang untuk belajar kemahiran baru
    Mempelajari kemahiran dan teknik yang betul 
    Pelajar Madrasah Hashimiah di ajar cara-cara penyediaan bahan-bahan asas seperti tepung gandung, gula, garam, minyak masak. Selapas bahan-bahan asas di sediakan, Ustaz Hashim ajar teknik-teknik membuat bancuhan doh dari bahan-bahan asas dan cara menebar Roti Canai serta disusuli dengan cara yang betul untuk menggoreng Roti Canai. Ia satu pengalaman baru bagi pelajar-pelajar madrasah menimba ilmu baru dalam mempelbagaikan kemahiran-kemahiran penimba ilmu di Madrasah Hashimiah 

    Ustaz Hashim menunjukan cara kepada Nazir
    Nasiruddin sedang belajar cara mengoreng Roti Canai dengan betul
    Nasimah diantara pelajar yang terlibat kelas kemahiran



    Oleh itu pihak Madrasah Hashimiah amat menghargai kepada dermawan-dermawan yang baik hati untuk membantu madrasah. Bagi yang ingin yang menderma untuk sebarang pertanyaan dan sumbangan boleh dilakukan melalui bentuk barangan dan melalui kewangan di akaun CIMB Bank, nombor akaun -8600202864 (Madrasah Hashimiah) atau ke akaun Maybank 562151419729 (Madrasah Hashimiah). Untuk pertanyaan lanjut, boleh menghubungi Pengetua Madrasah Hashimiah iaitu Ustaz Hashim Bin Kassim di talian 019-262 1671 dan Pejabat Madrasah Hashimiah di talian 018-2882754 atau 03-6127 5582.

    Mohamad Fazlan Bin Mohamad Ashraf 
    Penolong Pegawai Tadbir 
    Madrasah Hashimiah