• Majlis Tahlil Bekas Pelajar Madrasah Hashimiah



    Madrasah Hashimiah merupakan sebuah sekolah yang menempatkan anak - anak pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim. Mereka mula berlajar di sekolah ini dari seawal umur 4 tahun hingga 17 atau 18 tahun. 

    Tanggal 23 Oktober 2017, kami mendapat berita kematian salah seorang bekas pelajar Madrasah Hashimiah iaitu Allahyarham Akbar Azman. Beliau merupakan seorang pelajar yang baik dan sangat rajin. Perginya mengadap Ilahi mengejutkan kami semua yang mengenali beliau. Allahyarham merupaka seorang Hafiz Al-Quran dan lepasan Madrasah Hashimiah yang cukup di kenali pelajar-pelajar dan tenaga pengajar.

    Allahyarham bersama-sama sukarelawan Kindness Malaysia
    Antara aktiviti-aktiviti kebaikan di perkampungan orang asli
    Allah Taala berfirman dalam ayat Aal-I-Imran 3:185
    " Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalu. Barang siapa dijauhkandari neraka dan dimasukan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan." (3:185)

    15 November, Madrasah Hashimiah telah mengadakan majlis tahlil untuk Allahyarham Akhbar Azman yang di buat pada 10.30 pagi selepas kelas agama yang di hadiri oleh pelajar-pelajar madrasah, sukarelawan Kindness Malaysia dan guru-guru di Madrasah Hashimiah. Kami dari warga Madrsah Hashimiah sentisa berdoa kepada Allahyarham agar di tempat di kalangan para shuhada dan oerang-orang yang soleh di sisi Allah Taala.

    Majlis tahlil di Madrasah Hashimiah 
    Janji Allah Taala itu benar seperti Allah Taala berfirman dalam ayat Yunus 10:4
    " Hanya kepada-Nya kamu semuanya akan kembali sebagai janji yang benar daripada Allah, sesungguhnya Allah menciptakan makhluk pada permulaannya kemudian mengulanginya(menhidupkannya) kembali(sesudah berbangkit), agar Dia memberi pembalasan kepada orang-orang yang beriman dan yang mengerjakan amal soleh dengan adil. Dan untuk orang-orang kafir diseddiakan minuman air yang panas dan azab yang pedih disebabkan kekafiran mereka. "
    ( Yunus 10:4 )

    Mohamad Fazlan Bin Mohamad Ashraf
    Penolong Pegawai Tadbir
    Madrasah Hashimiah