Perubatan merupakan satu keperluan asas bagi kehidupan seorang manusia, kerana manusia tidak terlepas dari kesakitan yang mana bagi seorang muslim sakit itu penghapus dosa seperti yang meriwayatkan dari Ibnu Abbas radliallahu 'anhuma:"
"Kebiasaan Nabi shallallahu alaihi wasallam apabila datang menjenguk orang sakit berliau bersabda;"laa ba'sa thahur insyaa Allah"( Tidak apa, semoga menjadi penghapus dosa, jika Allah menghendakinya)
Dalam Sahih Bukhari-3347
3616- Versi Fathul Bari
Alhamdulillah pada 11/11/2017, hari sabtu yang lepas pelajar-pelajar dari UCSI dengan kerjasama doktor-doktor telah datang ke
Madrasah Hashimiah untuk melakukan ujian kesihatan kepada semua pelajar-pelajar dan tenaga pengajar di Madrasah Hashimiah. Pelajar-pelajar sampai di madrasah dalam waktu 7.30 pagi dan setup peralatan-peralatan sampai pukul 8.15 pagi untuk mulakan pemeriksaan kesihatan.
|
Pelajar-pelajar sedang menunggu giliran |
|
Ujian mata untuk rabun warna |
|
Sukarelawan UCSI sedang memberi makanan kepada pelajar |
Pendaftaran di mulakan dengan membuat pembahagian pelajar, sebahgian pelajar akan datang waktu pagi dan sebahagian pelajar akan datang waktu petang dengan mengikut melalui umur pelajar-pelajar
Madrasah Hashimiah. Selepas pendaftaran, pelajar-pelajar akan mengukur ketinggian dan berat pelajar dalam menentukan BMI( Body Mass Index ) untuk menetukan obesiti atau tidak. Selepas pemeriksaan BMI, pelajar akan di ukur lingkaran pinggang sama ada sesuai dengan ketinggian pelajar tersebut.
Selesai pemeriksaan BMI, pelajar akan naik ke tinggkat 2 untuk melakukan pemariksaan mata untuk semua pelajar-pelajar kerana mata anugerah Allah Taala yang tidak ternilai bagi semua manusia. Guru-guru juga melakukan pemeriksaan kesihatan termasuk ujian kolestrol, ujian darah tinggi dan kandungan gula dalam badan.
|
Nurullah dan Ustazah Bilkis sedang membuat pemeriksaan |
|
Ustaz Ismail juga membuat pemeriksaan mata |
|
Ustaz Rashid dan Ustaz Nassem melakukan pemeriksaan kolestrol dan gula |
Selasai satu sesi, pelajar pelajar akan di berikan makanan yang ditaja oleh UCSI dan berehat untuk solat zohor. Pada pukul 2 petang akan sambung sesi petang yang mana sama seperti sesi pagi dan penambahan aktiviti-aktiviti lagi seperti mewarna bagi umur 10 tahun ke bawah, tayangan video untuk kepentngan menjaga kebersihan dan demo untuk cara-cara penjagaan kebersihan tangan yang di tunjuk ajar oleh sukarelawan UCSI. Selepas sesi petang habis, pelajar-pelajar
Madrasah Hashimiah menerima beg bungkusan hadiah bagi setiap satu beg kertas.
|
Antara sukarelawa-sukarelawan yang berada dalam program kesihatan |
|
Iqbal salah seorang pelajar madrasah melakukan pemeriksaan mata |
|
Demo pembersihan tangan yang di lakukan oleh sukarelawan UCSI |
Alhamdulillah selesai pemeriksaan perubatan pada pukul 4.30 petang dan di harap akan berterusan program sebegini bagi pelajar-pelajar Madrsah Hashimiah kerana jika berlaku sesuatu berkenaan kesihatan akan menyebabkan kos perubatan tinggi bagi pelarian Myanmar Muslim dan Rohingya. Oleh itu pihak Madrasah Hashimiah amat menghargai kepada dermawan-dermawan yang baik hati untuk membantu madrasah. Bagi yang ingin yang menderma untuk sebarang pertanyaan dan
sumbangan boleh dilakukan melalui bentuk barangan dan melalui kewangan di akaun CIMB Bank, nombor akaun -8600202864 (Madrasah Hashimiah) atau ke akaun Maybank - 562151419729 (Madrasah Hashimiah). Untuk pertanyaan lanjut, boleh menghubungi Pengetua Madrasah Hashimiah iaitu Ustaz Hashim Bin Kassim di talian 019-262 1671 dan Pejabat Madrasah Hashimiah di talian 018-2882754 atau 03-6127 5582.
Mohamad Fazlan Bin Mohamad Ashraf
Penolong Pegawai Tadbir
Madrasah Hashimiah