• Persiapan Majlis Penyampaian Hadiah Madrasah Hashimiah 2018



    Madrasah Hashmiah merupakan Pusat Tahfiz al-Quran dan Anak Yatim yang telah diasaskan oleh Ustaz Hashim bin Kassim. Ia diasaskan pada tahun 1997, pada awalnya hanya terdiri empat orang pelajar dan dari hari ke hari pelajar semakin bertambah. Bilangan pada tahun ini kira-kira 230 pelajar yang berumur 4 tahun hingga 17 tahun, termasuk lelaki dan perempuan. 60 orang daripadanya menetap di asrama yang disediakan. Bilangan tenaga pengajar seramai 16 orang yang terdiri daripada guru agama, guru akademik dan 4 orang guru sukarelawan yang mengajar Bahasa Inggeris. Selain itu madrasah ini menempatkan anak -anak yatim dan miskin yang merupakan pelarian Myanmar Muslim dan Rohingya. 

    Majlis Penyampian Hadiah 2017

    Majlis Penyampaian Hadiah Madrasah Hashimiah merupakan satu majlis penghargaan kepada pelajar-pelajar dan guru-guru yang telah bertukus lumus dalam sesi pembelajaran dan pengajaran sepanjang tahun. Majlis ini akan diadakan pada pertengahan tahun mengikut sistem pembelajaran yang bermula dan berakhir pada pertengahan tahun masihi. Majlis ini meraikan para pelajar yang telah berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun. Majlis berlangsung pada 22-4-2018 ( Ahad ).

    Seperti tahun-tahun sebelum ini, majlis penyampaian hadiah ini akan dijalankan dengan penuh meriah dan penuh kesederhanaan. Keunikan majlis ini adalah hadiah yang akan diberikan kepada pelajar-pelajar cemerlang berupa barangan elektrik seperti periuk nasi, kipas dan sebagainya. Hal ini kerana, barangan ini dapat memberi kemudahan kepada keluarga pelajar tersebut. Di samping dapat memberikan motivasi kepada para pelajar untuk berusaha dengan gigih dalam mencapai kecemerlangan dalam pelajaran.

    Tajaan hadiah pelajar-pelajar Madrasah Hashimiah

    NGO Humanity antara penaja hadiah pelajar-pelajar cemerlang
    Persiapan untuk Majlis Penyampaian Hadiah Madrasah Hashimiah pada tahun ini sudah bermula. Tarikh untuk majlis kali ini ialah 22 April 2018. Hadiah-hadiah yang bakal diberikan kepada pelajar cemerlang sedang giat dikumpulkan. Para sukarelawan juga turut membantu dalam penyediaan khemah, PA sistem, makanan dan sebagainya bagi memastikan majlis pada kali ini berjalan dengan lancar. pihak madrasah juga membuka peluang untuk menaja peralatan yang digunakan sewaktu Majlis Penyampaian Hadiah seperti berikut:

    1. PA Sistem saiz sederhana kecil = Rm 1500.00
    2. Lembu besar seekor = Rm 5000.00
    3. Sijil penghargaan murid 100 keping = Rm 200.00
    4. Button badge 200 keping = Rm 200.00
    5. Backdrop banner = Rm 250.00
    6. Bunting 20 keping = Rm 400.00
    7. Pentas majlis dan tempat duduk VIP = Rm 3500.00
    8. Srreen Live Feed = Rm 2500.00  

    Sehubungan itu, sekiranya ada yang ingin menyumbang dalam bentuk barangan atau wang untuk melancarkan perjalanan majlis boleh dilakukan melalui sumbangan ke akaun CIMB Bank, nombor akaun -8600202864 (Madrasah Hashimiah) atau ke akaun Maybank - 562151419729 (Madrasah Hashimiah). Untuk pertanyaan lanjut, boleh menghubungi Pengetua Madrasah Hashimiah iaitu Ustaz Hashim Bin Kassim di talian 019-262 1671 dan Pejabat Madrasah Hashimiah di talian 018-2882754 atau 03-6127 5582.

    Mohamad Fazlan Bin Mohamad Ashraf 
    Penolong Pegawai Tadbir 
    Madrasah Hashimiah