• Pertadingan Futsal NPNG Pencetus Semangat Hashimiah FC




    Sabtu yang lepas, 17-3-2018 Madrasah Hashimiah mendapat jemputan untuk Pre-Cup Futsal Kindness Melaysia bersama-sama 7 pasukan futsal yang bersama-sama dalam pertandingan yang berlansung di NPNG Sports Centre serta di taja oleh NPNG Sport Centre Sdn Bhd. Pre-Cup merupakan satu pertandingan pemanas badan bagi pemain-pemain futsal untuk persediaan Futsal Kindness Malaysia yang berlansung pada 1 April 2018 ( Ahad ). 

    Pasukan Hashimaih FC 
    8.00 pagi pelajar-pelajar Madrasah Hashimiah telah bersiap sedia dalam untuk menempuh pertandingan Pre-Cup yang berlansung di NPNG Futsal Sports Centre, di Damansara Damai, Petaling Jaya Selangor. Perjalanan dalam 30 minit untuk sampai ke tempat pertandingan, selain daripada Madrasah Hashimiah turut dihadiri beberapa pasukan seperti Rumah Kasih Harmoni, Projek Ihsan, Pertubuhan Al- Shakur dan pasukan Somali dari sekolah pelarian. Sampai di pekarangan tempat pertandingan, pasukan-pasukan diberikan sarapan untuk memberi tenaga dalam pertandingan futsal. Setelah selesai sarapan, semua pasukan-pasukan akan diberikan penerangan ringkas dari pihak NPNG Futsal Centre, Kindness Malaysia dan pengadil dalam peraturan-peraturan permainan futsal. 

    Bersama pengurus pasukan Hashimiah FC 
    Pertandingan bermula pukul 9.30 pagi dan berakhir dalam pukul 12 tengah hari, alhamdulillah pasukan Madrasah Hashimiah memenangi tempat ke 3, dengan mengalahkan Somali Fc dengan 4-2 (sepakan penalti). Pelajar-pelajar madrasah yang mewakili Hashimiah Fc akan terus berusaha dengan lebih konsisten demi memenangi Pertandingan Futsal Piala Kindness 2018 akan datang. Dalam memburu kemenangan, faktor peralatan dan kemudahan pasukan juga memainkan peranan penting untuk satu pasukan. Pelajar-pelajar madrasah memerlukan peralatan yang baru seperti jirsey, kasut futsal, sarung tangan penjaga gol dan bola untuk latihan futsal bagi memantapkan lagi pasukan mereka.
    Sehubungan itu, peluang untuk menaja peralatan dan keperluan sukan bagi pelajar-pelajar Madrasah Hashimiah di buka. Berikut adalah keperluan yang diperlukan oleh pasukan ini:


                          Jersi Pasukan                        : 10 orang (telah ditaja)
                          Kasut Futsal                         : 10 orang ( telah ditaja)
                          Sarung Tangan Penjaga Gol : 1 pasang (RM50)
                          Bola Futsal                           : 2 biji ( RM 100 )

    Besarlah harapan kami agar pasukan Madrasah Hashimiah dapat bermain dengan selesa dengan kelengkapan yang baru. Kepada yang bermurah hati untuk menaja kelengkapan tersebut, boleh dilakukan  dalam bentuk barangan dan melalui kewangan di akaun CIMB Bank, nombor akaun -8600202864 (Madrasah Hashimiah) atau ke akaun Maybank - 562151419729 (Madrasah Hashimiah). Untuk pertanyaan lanjut, boleh menghubungi Pengetua Madrasah Hashimiah iaitu Ustaz Hashim Bin Kassim di talian 019-262 1671 dan Pejabat Madrasah Hashimiah di talian 018-2882754 atau 03-6127 5582.

    Mohamad Fazlan Bin Mohamad Ashraf 
    Penolong Pegawai Tadbir 
    Madrasah Hashimiah