• Majlis Penyampaian Hadiah Madrasah Hashimiah Ke 18


    Setiap tahun Madrasah Hashimiah akan meraikan pelajar pelajar madrasah yang terdiri dari kalangan anak-anak pelarian dan anak yatim Rohingya serta Myanmar Muslim. Golongan ini diraikan dengan adanya Majlis Penyampaian Hadiah bagi pelajar-pelajar yang berada di Madrasah Hashimiah. Majlis ini diraikan untuk pelajar-pelajar yang berlajar besungguh-sungguh dalam mencari ilmu walaupun mereka tidak mempunyai nasib yang sama seperti pelajar-pelajar tempatan yang belajar di sekolah rendah dan kebangsaan yang mempunyai hala tuju yang jelas dalam memburu cita-cita dan kehidupan yang lebih di masa akan datang. 

    Tetamu-tetamu di Majlis Penyampaian Hadiah 
    Antara barisan tetamu VIP 
    Sukarelawan Tzu Chi 
    Majlis Penyampaian Hadiah berlansung pada 22 April 2018 yang dihadiri oleh ibu bapa dan pelajar-pelajar Madrasah Hashimiah serta rakan NGO dan para dermawan yang baik hati menaja hadiah dan persiapan majlis ini. Majlis ini di mulakan dengan kehadiran tetamu-tetamu VIP hingga ke pelajar-pelajar madrasah. Selepas tetamu datang, majlis di mulakan dengan lagu Negaraku, bacaan doa dan hafazan Al-Quran dari pelajar dan guru Madrasah Hashimiah. Selesai dengan bacaan Al-Quran, majlis di teruskan dengan ucapan dari pengetua madrasah iaitu Ustaz Al-Hafiz Hashim Bin Kasim, Mufti Samiullah wakil Myanmar dan Encik Muhammad Bin Kamarulazizi selaku pengerusi Madrasah Hashimiah. 
    Selesai ucapan pengerusi, majlis di terusakan dengan nasyid oleh pelajar-pelajar Madrasah Hashimiah dan dalam waktu yang sama tetamu-tetamu juga dijemput untuk mengjamah juadah yang disediakan oleh madrasah yang ditaja oleh dermawan yang baik hati. Waktu penyampaian hadiah bermula selepas tetamu selesai menjamu juadah yang di sertai oleh tetamu VIP dan NGO-NGO untuk menyampaikan hadiah kepada pelajar-pelajar cemerlang. Hadiah ini di taja oleh NGO-NGO serta dermawan yang baik hati untuk meraikan pelajar-pelajar Madrasah Hashimiah. 

    Syaban,Nashim dan Rafik antara penerima hadiah 
    En Muhamad dan wakil dari Tzu Chi memberi hadiah pelajar cemerlang
    Medal ini antara hadiah untuk pelajar cemerlang dan ditaja oleh Kutu Akhirat
    Waktu gembira dan berkongsi kegembiraan bersama kawan
    Pelajar-pelajar dan pejaga sangat seronok dan menghargai majlis ini kerana ia dapat membantu menaikan semangat untuk terus berjaya di masa depan. Penat lelah guru-guru juga terbalas dengan kejayaan pelajar-pelajar Madrasah Hashimiah untuk bersunguh-sungguh dalam masa hampir setahun dalam kelas Al-Quran dan akademik dan memberikan hasil yang sangat baik untuk kehidupan mereka akan datang.
    Bagi pelajar yang kurang bernasib baik, penaja-penaja masih sediakan hadiah untuk mereka bagi menaikan lagi semangat ingin belajar dan berjaya dalam hidup, insyaallah pada tahun hadapan mereka akan menjadi pelajar cemerlang dan akan mendapat hadiah pada Majlis Penyampaian Hadiah yang ke 19. Moga pelajar ini tidak berputus asa pada masa akan datang.

    Barisan sukarelawan Kindness Malaysia
    Emcee tahun ini masih Puan Fatin Amira Nabila 

    Sukarelawan Angah bersama wakil Myanmar dan Rela
    Kak Erin sukarelawan Kindness Malaysia yang membantu pengurusan pentas

    Sukarelawan Kindness Malaysia yang membantu majlis tahun ini
    Alhamdulillah majlis selesai pada pukul 2 petang dan di akhiri dengan doa penutup majlis yang dibaca oleh pengetua madrasah Ustaz Al-Hafiz Hashim bin Kassim. Terima kasih kepada dermawan-dermawan, rakan-rakan NGO, tetamu VIP dan kepada sukarelawan Kindness Malaysia dan komuniti Myanmar dalam turut membantu perjalanan Majlis Penyampaian Hadiah ke 18, insyaallah akan berjumpa lagi pada tahun hadapan dan moga Allah S.W.T meredhai segala amalan kita semua. Moga tahun hadapan akan lebih meriah untuk untuk pelajar-pelajar Madrasah Hashimiah

    Mohamad Fazlan Bin Mohamad Ashraf 
    Penolong Pegawai Tadbir 
    Madrasah Hashimiah