• Ramadhan Al - Mubarak Di Madrasah Hashimiah


    Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Ilahi kerana memberi kesempatan kepada kita untuk bertemu lagi dalam bulan Ramadhan pada tahun ini, 1439 Hijrah. Moga amalan kita akan berlipat ganda dalam bulan yang penuh barakah ini dengan keberkatan daripada-Nya. Madrasah Hashimiah juga tidak terlepas mengambil peluang untuk bersama-sama menikmati keindahan bulan Ramadhan ini. Anak-anak Madrasah Hashimiah meneruskan rutin harian bersekolah sepanjang Ramadhan.

    Anak-anak pelarian Myanmar Muslim dan Rohingya dapat duit raya 
    Jemputan berbuka puasa oleh dermawan yang baik hati untuk anak-anak madrasah
    Seawal jam 4 pagi anak-anak Madrasah Hashimiah akan bangun untuk bersahur bersama-sama dengan juadah yang di sediakan oleh tukang masak. Selepas bersahur bersiap-siap untuk solat subuh dan meneruskan rutin harian hafazan Al-Quran dan kelas Al-Quran. Pada bulan puasa kelas dipendekkan, sebelah petang mereka akan memasak bubur burma sebagai juadah berbuka dan ada bahagian untuk di jual sebagai sumber pendapatan Madrasah Hashimiah.

    Anak anak pelarian Myanmar Muslim gembira mendapat tajaan pakaian raya
    Antara hadiah yang diterima oleh anak anak pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim
    Madrasah Hashimiah masih lagi membuka peluang untuk penaja-penaja yang bermurah hati untuk menaja anak-anak Madrasah Hashimiah untuk berbuka puasa dan sahur. Para penaja boleh menyalurkan sumbangan dalam bentuk makanan atau pun wang ringgit. Peluang juga diberikan kepada penaja untuk berbuka bersama-sama anak-anak Madrasah Hashimiah disamping dapat menggembirakan mereka dengan kehadiran para penaja.
    Buat penaja yang ingin menaja anak-anak Madarsah Hashimiah untuk berbuka puasa dan sahur boleh menghubungi admin Madrasah Hashimiah untuk urusan selanjutnya. Sebagai rujukan, berikut adalah maklumat tajaan untuk berbuka, sahur dan buburma :

    Sahur : RM 300.00 ( 100 Orang )
    Berbuka : RM 500.00 ( 150 Orang)
    Buburma : Rm 800.00 ( 200 Orang )

    Oleh itu pihak Madrasah Hashimiah amat menghargai kepada dermawan-dermawan yang baik hati untuk membantu madrasah. Bagi yang ingin yang menderma untuk sebarang pertanyaan dan sumbangan boleh dilakukan melalui bentuk barangan dan melalui kewangan di akaun CIMB Bank, nombor akaun -8600202864 (Madrasah Hashimiah) atau ke akaun Maybank - 562151419729 (Madrasah Hashimiah). Untuk pertanyaan lanjut, boleh menghubungi Pengetua Madrasah Hashimiah iaitu Ustaz Hashim Bin Kassim di talian 019-262 1671 dan Pejabat Madrasah Hashimiah di talian 018-2882754 atau 03-6127 5582.

    Mohamad Fazlan Bin Mohamad Ashraf 
    Penolong Pegawai Tadbir 
    Madrasah Hashimiah