Ilmu merupakan tunjang utama dalam kehidupan manusia sama ada secara formal atau tidak formal. Melalui ilmu juga, ia dapat membezakan perjalan kehidupan manusia itu sendiri sama ada ia berjaya atau sebaliknya. Begitu juga dengan anak-anak yatim dan pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim
Madrasah Hashimiah, selain mempelajari ilmu agama dan akademik madrasah juga memberi ruang ilmu baru iaitu kelas kemahiran. Kelas kemahiran merupakan satu cabang yang diperkenalkan oleh Madrasah Hashimiah untuk pelajar-pelajar dalam menambah ilmu untuk berdaya saing dalam kehidupan yang serba baru dan pantas dalam pentas kepelbagaian ilmu.
|
Anak-anak yatim pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim memberi fokus dari guru |
|
Pengenalan asas kelas menjahit Madrasah Hashimiah |
Kelas kemahiran di
Madrasah Hashimiah merupakan satu cabang baru bagi anak-anak yatim pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim untuk menimba ilmu baru. Kelas menjahit merupakan ruang baru untuk anak-anak madrasah mempelajari dan menguasai ilmu yang ditimba dan digunakan dalam dan luar kelas demi mencari kehidupan yang lebih baik bila habis belajar di Madrasah Hashimiah.
Tidak semua anak-anak madrasah yang terlibat dalam kelas menjahit, ia di pilih melalui penilaian minat kepada menjahit, anak-anak perempuan umur 10 tahun ke atas dan memberi ruang bagi anak-anak kurang dalam kelas agama (hafazan Al-Quran) dan akademik akan diberi peluang untuk menambah ilmu kemahiran ini. InsyaAllah semoga anak-anak yatim pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim
Madrasah Hashimiah dapat ilmu yang bermanfaat dan berdaya saing dalam menentukan kehidupan yang lebih buan anak-anak ini.
|
Madrasah Hashimiah menyediakan buku nota untuk kelas menjahit |
|
Moga terus istiqomah anak anak yatim pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim |
Bagi
Madrasah Hashimiah, anak-anak yatim pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim ini merupakan satu amanah yang Allah S.W.T berikan kepada madrasah untuk memberi peluang kepada anak-anak ini merasai nikmat belajar dan memberi peluang untuk memperbaiki kehidupan yang lebih baik untuk anak-anak pelarian. Oleh itu, bagi yang bermurah hati untuk menderma, boleh dilakukan melalui akaun
CIMB Bank, nombor akaun -
8600202864 (
Madrasah Hashimiah) atau ke akaun
Maybank -
562151419729 (Madrasah Hashimiah).
Bagi yang berminat untuk menghantar barang, ziarah kami atau boleh tempah melalui online seperti Tesco online dan kami menerima dengan hati yang gembira. Untuk pertanyaan lanjut, boleh menghubungi Pengetua Madrasah Hashimiah iaitu Ustaz Hashim Bin Kassim di talian 019-262 1671 dan Pejabat Madrash Hashimiah di talian 018-288 2754 atau 03-6127 5582.
Mohamad Fazlan Bin Mohamad Ashraf
Penolong Pegawai Tadbir
Madrasah Hashimiah