• Terima Kasih Malaysia Debt Ventures Berhad


    Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat Baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW. Hari ini anak-anak yatim pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim Madrasah Hashimiah, dikunjungi oleh syarikat Malaysia Debt Ventures Berhad (MDVB) untuk ziarah dan memberi sumbngan zakat untuk anak-anak Madrsah Hashimiah. 


    Penyerahan sumbangan zakat untuk Madrasah Hashimiah

    Perkongsian Ustaz Hashim kepada wakil Malaysia Debt Ventures Berhad

    Kehadiran syarikat Malaysia Debt Ventures Berhad yang diwakili Puan Amelia Ong Abdullah, Puan Saharin Mohd  Zillah dan rakan sejawatan telah di sambut oleh Ustaz Hashim Kassim selaku pengetua dan pengasas, bersama Encik Muhammad Kamarulazizi sebagai pengerusi Madrasah Hashimiah.

    Sesudah sampai madrasah. mereka di jemput masuk ke dalam pejabat madrasah. Banyak pekara yang dikongsikan oleh Ustaz Hashim dan Encik Muhammad berkenaan Madrasah Hashimiah kepada Puan Amelina Ong Abdullah selaku wakil syarikat Malaysia Debt Ventures Berhad. Selesai kongsi maklumat berkenaan Madrasah Hashimiah, Ustaz Hashim membawa tetamu untuk melihat keadaan atau suasana anak-anak yatim pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim ini berlajar kelas agama, akademik dan juga kelas kemahiran seperti memasak dan menjahit.

    Selesai melawat kawasan belajar, tetamu dibawa ke tempat simpanan barang untuk anak-anak yang tinggal di asrama lelaki dan perempuan. Selepas selesai ziarah tempat belajar dan tempat tidur anak-anak madrasah, wakil dari tetamu iaitu Puan Amelina memberikan sumbangan zakat kepada Ustaz Hashim sebagai pengetua Madrasah Hashmiah.

    Bersama anak-anak yatim pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim Madrasah Hashimiah

    Ribuan terima kasih dari Madrasah Hashimiah buat syarikat Malaysia Debt Ventures Berhad atas sumbangan zakat yang diberikan kepada anak-anak yatim pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim Madrasah Hashimiah. Semoga Allah SWT saja yang membalas kebaikan buat seluruh warga syarikat Malaysia Debt Ventures Berhad. Oleh itu, bagi yang bermurah hati untuk menderma, boleh dilakukan melalui akaun CIMB Bank, nombor akaun - 8600202864 (Madrasah Hashimiah) atau ke akaun Maybank - 562151419729 (Madrasah Hashimiah).

    Bagi yang berminat untuk menghantar barang, ziarah kami atau boleh tempah melalui online seperti Tesco online dan kami menerima dengan hati yang gembira. Untuk pertanyaan  lanjut, boleh menghubungi Pengetua Madrasah Hashimiah iaitu Ustaz Hashim Bin Kassim di talian 019-262 1671 dan Pejabat Madrash Hashimiah di talian 018-288 2754 atau 03-6127 5582.


    Mohamad Fazlan Bin Mohamad Ashraf 
    Penolong Pegawai Tadbir 
    Madrasah Hashimiah