Madrasah Hashimiah merupakan Pusat Tahfiz Al-Quran dan Anak Yatim, ia menempatkan anak-anak yatim pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim untuk menimba ilmu agama dan ilmu akdemik termasuk kelas kemahiran yang diperkenalkan beberapa tahun lalu. Disini anak-anak yatim pelarian Rohinya dan Myanmar Muslim diberikan tempat tinggal bagi yang anak yatim, tempat tinggal yang jauh dan susah untuk datang untuk menuntut ilmu agama dan akademik di
Madrasah Hashimiah.
|
Peperiksaan agama anak-anak yatim pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim |
|
Peperiksaan terbahagi mengikut kelas hafazan, bacaan dan kelas Alim |
|
Seramai 42 ustaz-ustaz yang dijemput sebagai pemeriksa ujian agama |
Alhamdulillah syukur pada yang Maha Esa atas pemberian nikmat hamba-hambaMu dalam menuntut ilmu dan mengamal dalam kehidupan yang akan datang dan lebih baik. Hari Ahad yang lalu anak-anak yatim pelarian Rohingya dan Mynmar Muslim
Madrasah Hashimiah telah melalui peperiksaan agama penggal 6 iatu peperiksaan tengah tahun mengikut kalender madrasah, ia dijalankan oleh ustaz-ustaz dari luar seramai 42 orang untuk menjadi pemeriksa bacaan anak-anak madrasah.
Peperiksaan ini di bahagikan melalui kelas iaitu kelas hafazal Al-Quran, kelas bacaan Al-Quran dan kelas Alim yang akan dinilai oleh ustaz-ustaz yang di jemput untuk menilai dari segi bacaan, hafalan(ingatan) dan tajwib. Masa yang diambil dalam 5-6 jam bermula pukul 8 pagi hingga tengah hari. Selesai peperiksaan ustaz-ustaz dan anak-anak ini akan jamu makanan tengah hari yang ditaja oleh dermawan madrasah yang baik hati dan ingin berkongsi dengan anak-anak madrasah.
|
Pengerusi Madrasah Hashimiah salah seorang pemeriksa ujian agama |
|
Tazkirah ringkas untuk garis panduan anak-anak Madrasah Hashimiah |
|
Alhamdulillah dan terima kasih pada dermawan yang baik hati |
Selesai peperiksaan agama dalam pukul 12.00 tengah hari,anak-anak yatim pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim dan ustaz-ustaz jemputan ini akan dijamu oleh pengurusan
Madrasah Hashimiah atas sumbangan pemderma yang baik hati Oleh itu, bagi yang bermurah hati untuk menderma dan membantu anak-anak ini, boleh dilakukan melalui akaun
CIMB Bank, nombor akaun -
8600202864 (
Madrasah Hashimiah) atau ke akaun
Maybank -
562151419729 (Madrasah Hashimiah).
Bagi yang berminat untuk menghantar barang, ziarah kami atau boleh tempah melalui online seperti Tesco online dan kami menerima dengan hati yang gembira. Untuk pertanyaan lanjut, boleh menghubungi
Pengetua Madrasah Hashimiah iaitu
Ustaz Hashim Bin Kassim di talian
019-262 1671 dan
Pejabat Madrash Hashimiah di talian
018-288 2754 atau
03-6127 5582.
Mohamad Fazlan Bin Mohamad Ashraf
Penolong Pegawai Tadbir
Madrasah Hashimiah