• 17 Anak-Anak Madrasah Hashimiah Naik Al-Quran



    Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan. Januari 5 2019, seramai 17 pelajar Madrasah Hashimiah telah tamat Iqra dan melangkah fasa baru untuk mengkuasai Al-Quran dengan bacaan dan hafalan yang disemak oleh guru hafiz Al-Quran.

    Ustaz Hashim memberikan penerangan ringkas untuk majlis

    Sebahagian anak-anak yatim pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim 

    Majlis ini berlangsung pada pukul 10.00 pagi yang dimulakan dengan ucapan dan penerangan ringkas oleh Ustaz Hashim bin Kassim selaku pengasas dan pengetua Madrasah Hashimiah tentang majlis pada pelajar-pelajar dan ibu bapa yang turut hadir dalam majlis naik Al-Quran. Selesai ucapan dari pengetua madrasah, En Muhammad berkongsi perasaan gembira bersama-sama anak-anak yatim pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim apabila seramai 17 anak-anak madrasah naik Al-Quran dan memberikan kata-kata semangat buat semua anak-anak madrasah dan para ibu bapa yang sentiasa menyokong anak-anak di Madrasah Hashimiah.

    Majlis anak-anak yatim pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim naik Al-Quran

    Permulaan anak-anak yatim pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim naik  Al-Quran

    Selesai ucapan disampaikan pengetua dan pengerusi, majlis ini diteruskan dengan bacaan surah lazim dari salah seorang dari 17 pelajar naik Al-Quran. Selepas mendengar bacaan dari seorang pelajar, empat orang termasuk Ustaz Hasim bin Kassim, En Muhammad, Ustaz Reza dan Ustaz Mubin mengdengar bacaan secara talaqqi bagi 16 pelajar untuk mengdengar dan membetulkan bacaan sebelum naik Al-Quran. 

    Alhamdulillah, lancar bacaan dan sebutan tajwib dari anak-anak yatim pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim. Apabila sudah habis bacaan, ustaz- ustaz akan memberikan tanda tangan pada setiap Al-Quran yang akan diberikan pada 17 pelajar dan bermula pelajar -pelajar ini akan mulai membaca Al-Quran dan menghafal untuk menjadi hufaz yang cermelang pada masa akan datang. 

    Alhamdulillah dan terima kasih pada dermawan-dermawan yang baik hati dalam menolong dan membantu pembelajaran anak-anak yatim pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim Madrasah Hashimiah. Semoga Allah membalas jasa baik buat dermawan-dermawan yang baik hati.



    Mohamad Fazlan Bin Mohamad Ashraf
    Penolong Pembantu Tadbir
    Madrasah Hashimiah