Alhamdulillah dan syukur pada Allah s.w.t dan selawat salam ke atas junjungan baginda Rasulullah s.a.w, keluarga , sahabat dan serta orang orang yang mengikuti jalannya. Bulan Ramadhan merupakan bulan paling barakah dan bulan yang di tunggu oleh semua umat islam termasuk di Malaysia. Bulan yang penuh barakah dan dilipat ganda terutama malam Lailatu Qadar.
Bagi
Madrasah Hashimiah, anak-anak yatim pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim juga menanti bulan Ramadhan kerana berpeluang melipat ganda amalan seperti solat terawikh, tadarus al-Quran dan menolong menyediakan buburma. Pada tahun ini,
Madrasah Hashimiah mendapat tajaan kipas industri dari donor yang baik hati untuk kegunaan madrasah.
|
Anak-anak Madrasah Hashimiah bertadarus Al-Quran |
|
Kipas industri diginakan sewaktu solat berjemaahi di Madrasah Hashimiah |
Kipas industri yang ditaja oleh donor yang baik hati untuk
Madrasah Hashimiah, digunakan dalam solat terawikh. Ia sangat membantu menyejukan kawasan solat terutama sewaktu solat terawikh kerana bukan hanya anak-anak madrasah yang solat tetapi ada jemaah yang turut serta dalam solat terawikh.
Dalam masa yang sama, kipas industri ini membantu anak-anak madrasah dalam kelas dan mereka lebih fokus dalam sesi pembelajaran kerana kipas industi membantu menyejukan kawasan kelas yang sebelum ini agak panas, anak-anak madrasah berpeluh dan kurang selesa sewaktu belajar. Anak-anak yatim pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim berterima kasih buat donor yang baik dan sentiasa berdoa buat donor-donor sentiasa menolong
Madrasah Hashimiah.
Seperti firman Allah s.w.t
" Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sehingga kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sukai. Dan apa saja yang kamu nafkahkan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya" ( Aal-Imran:92).
|
Anak-anak yatim pelarian Roohingya dan Myanmar Muslim Madrasah Hashimiah gembira |
Oleh itu bagi yang ingin menyumbang untuk pendidikan anak-anak
Madrasah Hashimiah boleh melalui akaun
Cimb Bank -
8600 2028 64 (Madrasah Hashmiah) atau
Maybank -
5621 5141 9729 (Madrasah Hashimiah) dan
Bank Islam -
1406 9010 0334 13 Madrasah Hashmiah).
Bagi yang berminat untuk menghantar barang, ziarah kami atau boleh tempah melalui online seperti Tesco online dan kami menerima dengan hati yang gembira. Untuk pertanyaan lanjut, boleh menghubungi Pengetua Madrasah Hashimiah iaitu Ustaz Hashim Bin Kassim di talian 019-262 1671 dan Pejabat Madrash Hashimiah di talian 018-288 2754 atau 03-6127 5582.
Mohamad Fazlan Bin Mohamad Ashraf
Penolong Pegawai Tadbir
Madrasah Hashimiah