• Buburma Menu Istimewa Ramadhan Madrasah Hashimiah


    Alhamdulillah kami panjatkan kesyukuran kepada Allah SWT. Selawat dan salam kepada junjungan Nabi SAW, para isteri dan keluarga baginda SAW, seterusnya golongan yang mengikut jejak langkah baginda SAW hingga ke hari akhirat. Pada tahun 2019, Ramadhan kali ini datang dengan penuh rahmat dan barakah di bumi Malaysia yang jatuh pada 6 Mei 2019 (Isnin) yang membawa cerita 1001 untuk mengejar rahmat dan pahala yang berlipat ganda yang telah di janjikan oleh Allah Taala berfirman dalam surah Al-Ahzab 33;35

    " Sungguh laki-laki dan perempuan muslim, laki-laki dan perempuan dalam ketaatannya, laki-laki dan perempuan dalam bersedekah dan laki-laki dan perempuan yang berpuasa dan menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka keampunan dan pahala yang besar". 

    Bagi setiap tahun untuk Madrasah Hashimiah untuk bulan Ramadhan, ada satu menu istimewa yang di sediakan oleh pengetua madrasah Ustaz Hashim iaitu buburma.

    Ustaz Hashim memasak menu istimewa iaitu buburma Madrasah Hashimiah
    Kenapa buburma istimewa, kerana menu ini hanya ada di bulan Ramdhan sahaja yang di buat khas untuk menjual kepada pada orang ramai, terutama di sekitar pasar borong Selayang, dalam masa yang sama ia dapat membantu dana pendidikan Madrasah Hshimiah yang menempatkan anak-anak yatim pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim. Buburma ini dihasilkan dengan campuran 7 jenis kacang seperti kacang dal, kacang kuda, dan beberapa kacang lagi. 

    Dalam campuran kacang, hirisan daging untuk antara bahan utama buburma dan ia menjadi istimewa bagi anak-anak Madrasah Hashimiah. Proses penyedian buburma ini mengambil masa sehingga 6-7 jam untuk memasak buburma yang begitu istimewa untuk juadah berbuka puasa. Bagi yang ingin merasa buburma, boleh datang ke Madrasah Hashimiah di Selayang dan membantu dana pendidikan anak-anak yatim pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim.

    Anak-anak yatim pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim Madrasah Hashimiah


    Oleh itu bagi yang ingin menyumbang untuk pendidikan anak-anak Madrasah Hashimiah boleh melalui akaun Cimb Bank - 8600 2028 64 (Madrasah Hashmiah) atau Maybank - 5621 5141 9729 (Madrasah Hashimiah) dan Bank Islam - 1406 9010 0334 13 Madrasah Hashmiah).

    Bagi yang berminat untuk menghantar barang, ziarah kami atau boleh tempah melalui online seperti Tesco online dan kami menerima dengan hati yang gembira. Untuk pertanyaan  lanjut, boleh menghubungi Pengetua Madrasah Hashimiah iaitu Ustaz Hashim Bin Kassim di talian 019-262 1671 dan Pejabat Madrash Hashimiah di talian 018-288 2754 atau 03-6127 5582.

    Mohamad Fazlan Bin Mohamad Ashraf 
    Penolong Pegawai Tadbir 
    Madrasah Hashimiah