• 1 Syawal 2019 Di Madrasah Hashimiah


    Hari Raya Aidil Fitri merupakan hari yang diraikan oleh semua umat Islam seluruh dunia selepas kita berpuasa selama 30 hari untuk tahun 2019. Semua umat Islam meraikan dengan penuh kesyukuran dan bersederhana dalam meraikan hari raya Aidil Fitri yang mulia. Bagi Madrasah Hashimiah, anak-anak yatim pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim turut meraikan sambutan hari Raya Aidil Fitri dengan penuh kesyukuran dan kesederhanaan. Seawal pagi anak-anak yatim madrasah akan bangun dan bersiap untuk solat hari Raya Aidil Fitri di masjid yang berdekatan di Madrasah Hashimiah.

    Anak-anak yatim pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim menerima duit raya

    Ismail salah seorang anak yatim piatu pelarian yang tinggal di Madrasah Hashimiah

    Selesai solat hari Raya Aidil Fitri, anak-anak yatim pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim akan berkumpul di Madrasah Hashimiah bagi meraikan hari raya bersama-sama Ustaz Hashim dan tenaga pelajar serta masyarakat setempat untuk meraikan hari Raya Aidil Fitri bersama. Untuk anak-anak yatim pelarian yang tidak ada kampung dan ibu bapa, mereka akan raya bersama Ustaz Hashim dan tenaga pelajar di Madrasah Hashimiah. Anak-anak yatim pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim akan makan bersama dengan Ustaz Hashim dan berkongsi kegembiraan pemberian duit raya atas dari sumbangan donor-donor yang baik hati untuk meraikan anak-anak yatim pelarian di Madrasah Hashimiah



    Muhammad Rafiq antara yang beraya di Madrasah Hshimiah dan seorang anak yatim piatu

    Pelajar perempuan turut menerima duit raya dari Ustaz Hashim

    Oleh itu bagi yang ingin menyumbang untuk pendidikan anak-anak Madrasah Hashimiah boleh melalui akaun Cimb Bank - 8600 2028 64 (Madrasah Hashmiah) atau Maybank - 5621 5141 9729 (Madrasah Hashimiah) dan Bank Islam - 1406 9010 0334 13 Madrasah Hashmiah).

    Bagi yang berminat untuk menghantar barang, ziarah kami atau boleh tempah melalui online seperti Tesco online dan kami menerima dengan hati yang gembira. Untuk pertanyaan  lanjut, boleh menghubungi Pengetua Madrasah Hashimiah iaitu Ustaz Hashim Bin Kassim di talian 019-262 1671 dan Pejabat Madrash Hashimiah di talian 018-288 2754 atau 03-6127 5582.

    Mohamad Fazlan Bin Mohamad Ashraf 
    Penolong Pegawai Tadbir 

    Madrasah Hashimiah