Alhamdulillah kami panjatkan kesyukuran kepada Allah SWT. Selawat dan salam kepada junjungan Nabi SAW, para isteri dan keluarga baginda SAW, seterusnya golongan yang mengikut jejak langkah baginda SAW hingga ke hari akhirat. Ibadah qurban merupakan perkara yang dituntut oleh Islam bagi yang berkemampuan untuk berkongsi rezeki melalui ibadah qurban yang di lakukan oleh umat Islam pada hari Raya Aidil Adha untuk melengkapi tuntutan ibadah kepada Allah Taala dan mengikut jalan Rasulullah Salallah alai wa salam dan peara sahabat sahabat baginda yang menjadi contoh ikutan yang terbaik sepanjang zaman.
Bagi Madrasah Hashimiah, ibadah qurban merupakan satu nikmat ibadah yang di nanti oleh oleh anak anak yatim pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim untuk menerima dan dikongsi dari dermawan dermawan yang baik hati untuk berkongsi bersama-sama anak-anak Madrasah Hashimiah. Pada tahun ini, Madrasah Hashimiah membuka peluang untuk melakukan ibadah qurban kepada dermawan-dermawan yang baik hati untuk berkongsi rezeki bersama anak anak yatim pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim. Untuk kali ini, pihak madrasah membuka peluang untuk bersama melakukan ibadah qurban melalui;
1. Lembu saiz biasa = 1 bahagian Rm 750.00
2. Lembu saiz besar = 1 bahagian Rm 1500.00
|
Lembu untuk qurban tahun ini. ( Lembu besar ) |
Seperti firman Allah S.W.T dalam surah Al-Kawthar:
"Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah qurban (sebagai bersyukur)". 108:2
Oleh itu bagi yang ingin melakukan ibdah qurban dan menyumbang untuk pendidikan anak-anak Madrasah Hashimiah boleh melalui akaun Cimb Bank - 8600 2028 64 (Madrasah Hashmiah) atau Maybank - 5621 5141 9729 (Madrasah Hashimiah) dan Bank Islam - 1406 9010 0334 13 Madrasah Hashmiah).
Bagi yang berminat untuk menghantar barang, ziarah kami atau boleh tempah melalui online seperti Tesco online dan kami menerima dengan hati yang gembira. Untuk pertanyaan lanjut, boleh menghubungi Pengetua Madrasah Hashimiah iaitu Ustaz Hashim Bin Kassim di talian 019-262 1671 dan Pejabat Madrash Hashimiah di talian 018-288 2754 atau 03-6127 5582.
Mohamad Fazlan Bin Mohamad Ashraf
Penolong Pegawai Tadbir