• Al Quran sebagai Pendamping Hidup


    Anak-anak pelarian ini agak sukar untuk dapatkan ekses kepada pendidikan. Status mereka ini tidak membenarkan mereka untuk ke sekolah biasa. Alhamdulillah dengan wujudnya Madrasah Hashimiah, anak-anak pelarian berpeluang untuk menuntut ilmu.

    Bermula jam 8 pagi, kelas Al Quran akan berlangsung di Madrasah Hashimiah. Pembahagian murid akan bergantung kepada tahap penguasaan bacaan, bermula dari Iqra hingga ke kelas tahfiz. Kelas akan selesai jam 11 pagi untuk makan tengahari. Kemudian tidur qailullah sebelum solat Zohor dan pembelajaran akademik bermula pada jam 2 petang.

    Semua murid di Madrasah Hashimiah adalah anak-anak pelarian dari Myanmar

    Sehingga hari ini, Madrasah Hashimiah sudah menghasilkan ramai huffaz. Tidak kurang juga anak-anak pelarian ini dapat pelajar al Quran dan pada masa yang sama dapat pelajari subjek akademik seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan matematik sebagai pengetahuan tambahan survival hidup mereka.

    Madrasah Hashimiah bersyukur kerana masih terdapat orang ramai yang sudi membantu anak-anak pelarian di Madrasah Hashimiah. Status pelarian ini sedikit sebanyak menjadi cabaran besar buat anak-anak di sini. Berkat doa dan sokongan dari semua, insyaAllah anak-anak di sini dapat belajar dengan baik.

    Bagi yang ingin bantu pendidikan anak-anak Madrasah Hashimiah, boleh lakukan sumbangan ke akaun Madrasah Hashimiah di

    Maybank: 562151419729
    CIMB: 8600202864
    Bank Islam: 14069010033413
    Remark: Pendidikan

    Moga bertambah rezeki dan tercapai hajat semua dermawan yang baik hati.

    Muhammad bin Kamarulazizi
    Pengerusi
    Madrasah Hashimiah