Manfaat Dan Keistimewaan Selawat

  • MANFAAT DAN KEISTIMEWAAN SELAWAT

    Selawat untuk Nabi tercinta shallallahu'alaihi wasaalam memiliki banyak manfaat dan keistimewaan baik didunia mahupun diakhirat. Diantara manfaat atau keistimewaan selawat yang dapat didapati didunia adalah sebagai implementasi atau perwujudan perintah Allah ta'ala untuk banyak-banyak berselawat dan bertaslim untuk Rasulullah s.a.w.
    "Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikatNya berselawat untuk Nabi, Hai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya"
    (QS.Al Ahzab:56).

    Selawat merupakan salah satu sebab terkabulnya doa seseorang hamba jika ia mengawali doanya dengan selawat. Setiap orang yang mengawali doanya dengan selawat dan taslim untuk Rasulullah s.a.w, dan juga mengakhiri doanya dengannya,maka doa tersebut sangatlah mustajab atau dikabulkan oleh Allah kerana banyaknya keberkahan selawat tersebut. Selawat mendatangkan ketenangan jiwa dan pikiran serta kelezetan iman dan ketaatan ibadah.


    Kepada dermawan yang ingin menyumbang untuk anak anak Madrasah Hashimiah boleh melalui akaun Cimb Bank - 8600202864 (Madrasah Hashimiah) atau Maybank 562151419729 (Madrasah Hashimiah) dan bank Islam - 14069010033413 (Madrasah Hashimiah). Semoga Allah gandakan rezeki kita semua dengan membantu saudara pelarian kita di Malaysia.









    Norhayati Binti Muhammed Yusof
    Penolong Pegawai Tadbir
    Madrasah Hashimiah