• Modul Kedua Buku Jahitan Madrasah Hashimiah


    Masuk tahun 2020, guru kelas merangkap guru menjahit di Madrasah Hashimiah, Ustazah Abidah sudah menyiapkan buku jahitan yang juga merupakan modul yang kedua untuk kelas menjahit. Jenis jahitan kali ini lebih kepada pakaian wanita seperti baju jubah, baju kurung dan dress.

    Dengan adanya mesin jahit yang disumbangkan oleh dermawan yang baik hati, kelas menjahit dapat diteruskan lagi khusus untuk murid-murid di Madrasah Hashimiah yang berminat untuk pelajari skill menjahit.

    Biasanya satu tempoh untuk habis satu modul menjahit mengambil masa dua hingga keempat bulan, bergantung kepada kekerapan kelas setiap minggu. Ada juga yang bertanya sama ada murid-murid kelas menjahit sudah bersedia untuk ambil tempahan baju raya. Buat masa ini belum lagi kerana Ustazah Abidah mahu fokus pada kualiti menjahit setiap murid dahulu.

    Terima kasih buat para dermawan yang baik hati kerana sentiasa membantu Madrasah Hashimiah. Bagi yang ingin menyumbang bagi pendidikan anak-anak Madrasah Hashimiah, boleh salurkan sumbangan ke akaun Madrasah Hashimiah di

    Maybank: 562151419729
    CIMB: 8600202864
    Bank Islam: 14069010033413
    Remark: Education

    Moga bertambah rezeki dan tercapai hajat semua para dermawan yang baik hati.

    Muhammad bin Kamarulazizi
    Pengerusi
    Madrasah Hashimiah