Anak-anak Madrasah Hashimiah sedang menjamu makanan
Di setiap rumah kebajikan, sekolah komuniti, Madrasah sama ada lokal mahupun untuk anak-anak pelarian, makanan harian antara masalah yang akan dihadapi ialah keperluan dana kerana ia bergantung 100 peratus dari sumbangan orang ramai. Madrasah Hashimiah juga tidak terkecuali dalam masalah kekurangan makanan harian apabila stok makanan basah dan makanan kering hampir habis untuk menanggung pelajar-pelajar seramai 220 dan 70 pelajar tinggal di asrama.
Anak-anak pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim di Madrasah Hashimiah merupakan pelajar tahfiz Al-Quran yang terdiri daripada anak-anak yatim, miskin dan asnaf. Setiap hari anak-anak Madrasah Hashimiah akan makan 3 kali sehari. Stok makanan semakin berkurangan seperti dibawah:
Makanan basah :
Daging beku (15kg-20kg untuk sekali makan)
Ayam mentah (10 ekor untuk sekali makan)
Telur (4 papan untuk sekali makan)
Makanan kering:
Minyak masak (20kg seminggu)
Susu tepung (Apa-apa jenama)
Milo
Gula
Garam
Bawang merah
Bawang putih
Bihun
Biskut
Jika makanan semakin berkurangan, anak-anak ini akan mendapat kesan dalam pembelajaran kerana hilang fokus dalam kelas akibat kekurangan nutrisi dalam badan. Oleh itu, diharap dermawan-dermawan yang baik hati dapat membantu Madrasah Hashimiah melalui sumbangan wang ringgit dan berbentuk barangan. Kepada yang bermurah hati untuk menaja makanan basah dan kering, boleh membuat sumbangan melalui akaun bank:
Maybank: 562151419729
CIMB: 8600202864
Bank Islam: 14069010033413
Remark: Makanan
Email: mhashimiah@gmail.com
Bagi yang berminat untuk menghantar barang, boleh ziarah kami atau boleh tempah melalui online seperti Tesco online dan kami menerima dengan hati yang gembira.
Penghantaran bahan kering atau bahan mentah dapat dilakukan ke
Madrasah Hashimiah
111-3 Jalan 2/3A,
Pusat Bandar Utara Selayang,
68100, KL
No Tel: 018-2882754
Semoga Allah gandakan rezeki kita semua dengan membantu saudara pelarian kita di Malaysia.
Norhayati Binti Muhammed Yusof
Penolong Pegawai Tadbir
Madrasah Hashimiah