Alhamdulillah baru-baru ini berlangsungnya bacaan Yasin atas permintaan dari salah seorang dermawan yang selalu menyumbang kepada Madrasah Hashimiah. Beliau juga telah menyumbang makanan untuk anak-anak di sini.
Doa telah dibacakan sekali agar kesihatan penderma itu pulih sediakala serta didoakan juga buat semua para dermawan yang sentiasa bersama-sama membantu Madrasah Hashimiah dari masa ke semasa.
![]() |
bacaan khusus atas permintaan para dermawan |
![]() |
ramai-ramai anak-anak di sini yang sudah menghafal surah Yasin. |
Semoga dengan amal kecil ini dapat beri manfaat kepada ramai orang, insyaAllah.
Bagi yang ingin bantu pendidikan anak-anak Madrasah Hashimiah, boleh lakukan sumbangan ke akaun Madrasah Hashimiah di
Maybank: 562151419729
CIMB: 8600202864
Bank Islam: 14069010033413
Remark: Pendidikan
Semoga bertambah rezeki dan tercapai hajat semua dermawan yang baik hati.
Muhammad bin Kamarulazizi
Pengerusi
Madrasah Hashimiah