• Korban Bersama Madrasah Hashimiah Bantu 1200 Keluarga Fakir

     Alhamdulillah, bagi tahun 2020 atau 1441H, jumlah korban yang diterima oleh Madrasah Hashimiah ialah sebanyak 8 ekor lembu dan 6 ekor kambing. Penyembelihan bagi kambing berlangsung pada hari Aidiladha sendiri dan baki lembu telah berlangsung pada hari tasyrik.


    Keadaan Aidiladha tahun ini agak berbeza dengan situasi berjaga-jaga dengan Covid-19 juga kehangatan tentang sentimen yang bermain di minda masyarakat tentang pelarian dan PATI masih hangat dibualkan. Namun begitu dengan perancangan rapi, pengurusan Madrasah Hashimiah telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan mematuhi SOP yang ditetapkan terutama semasa mengagihkan bantuan kepada keluarga yang memerlukan.

    Sumbangan diberikan kepada wakil keluarga murid Madrasah Hashimiah

    Jamuan untuk anak-anak Murid Madrasah Hashimiah

    Keluarga penerima bersama Pengerusi Madrasah Hashimiah Muhammad bin Kamarulazizi dan Pengetua Madrasah Hashimiah Ustaz Hashim bin Kassim

    Tajaan dari Rempah Mak Siti

    Pek untuk diagihkan kepada yang memerlukan

    Sarung tangan, pelitup muka dan hand sanitizer digunakan semasa pengagihan dan jarak antara penerima juga diambil kira. Alhamdulillah, pengagihan berlaku secara berperingkat dan dibahagikan terus kepada 6 kawasan utama di sekitar Madrasah Hashimiah. Jumlah keseluruhan penerima ialah lebih 1200 buah keluarga dengan anggaran 5000 ke 6000 orang yang menerima manfaat daging korban.


    Bersama dengan daging korban, keluarga fakir miskin pelarian ini juga menerima bahan memasak seperti kari daging, garam, minyak masak, bawang merah, bawang putih, halia, serbuk kunyit dan serbuk cili bagi memudahkan bagi mereka menyediakan juadah bersama seisi keluarga.


    Jarang sekali mereka dapat menikmati daging

    Dimasak sendiri oleh guru-guru di Madrasah Hashimiah

    Kedutaan UAE juga telah memberi sumbangan dalam bentuk kurma basah dan syarikat rempah Mak Siti telah menaja pek kari untuk diagihkan bersama. Bantuan juga telah diberikan oleh BeKind Malaysia, Let's Put a Smile on Their Face (SMILES) dan juga beberapa orang dermawan yang prihatin.


    Ramai yang menerima manfaat untuk Hari Raya Aidiladha tahun ini. Semoga usaha semua yang terlibat mendapat keberkatan dan naungan Rahmat dariNya.

    Muhammad bin Kamarulazizi

    Pengerusi

    Madrasah Hashimiah