• Persediaan Majlis Penyampaian Hadiah ke-15 Madrasah Hashimiah



    16 April 2015 - Lebih kurang sebulan sahaja lagi, Madrasah Hashimiah akan menganjurkan Majlis Penyampaian Hadiah kali ke-15 bagi meraikan para pelajar yang telah berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam pembelajaran masing-masing.

    Para kakitangan madrasah bersama-sama dengan beberapa sukarelawan dari Kindness Dot My telah mula membuat persediaan demi memastikan Majlis Penyampaian Hadiah ke-15 ini dapat berjalan dengan lancar.

    Inshaallah, peperiksaan hafazan Al-Quran akan diadakan pada 3 Mei 2015 manakala peperiksaan akademik pula akan diadakan pada 11 dan 12 Mei 2015.

    Majlis Penyampaian Hadiah ke-15 ini akan diadakan pada 17 Mei 2015 (Ahad).

    Sebarang pertanyaan mengenai majlis ini, ataupun sesiapa yang berminat untuk menjadi sukarelawan di majlis tersebut, mohon hubungi:


    En. Mohd Hadi Ramlee
    Pembantu Pegawai Tadbir
    018-2882 754 (WhatsApp, SMS, Tel)
    03-6120 3263 (Pejabat)
    03-6127 5582 (Faks)
    mhashimiah@gmail.com