• Tajaan Hadiah Untuk Pelajar Cemerlang Madrasah Hashimiah




    29 April 2015- Madrasah Hashimiah akan mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah pada 17 Mei 2015. Pelbagai persiapan sedang dijalankan. Alhamdulillah pihak DBKL juga sudah memberi kebenaran untuk memasang khemah di hadapan Madrasah Hashimiah. Bagi tahun ini, tiga anak murid Madrasah Hashimiah telah berjaya tamat menghafaz 30 juzuk ayat suci al Quran. 

    Majlis kali ini juga akan meraikan kejayaan murid-murid dari segi akademik dan juga agama. Setiap murid yang cemerlang dalam setiap subjek akan mendapat hadiah merupakan barangan elektrik. Seperti tahun-tahun sebelum ini, hadiah ini cukup bermakna kerana dapat digunakan seharian dan meringankan beban keluarga di rumah. Bagi yang tinggal di asrama, hadiah yang paling popular sekali ialah seterika.



    kipas tinggi

    periuk nasik

    seterika
    Madrasah Hashimiah amat mengalu-alukan tajaan hadiah daripada orang ramai. Antara hadiah yang diperlukan adalah seperti berikut:

    1. Kipas Panjang-   RM 150-   18 unit
    2. Periuk Nasi-       RM 100-   18 unit
    3. Seterika-             RM 80-     18 unit
    Sesiapa yang berminat untuk menaja barangan elektrik tersebut boleh menghubungi pihak  kami di 03-61203263 atau 03-61275582.

    En. Mohd Hadi Ramlee
    Pembantu Pegawai Tadbir
    011-1150 6469 (WhatsApp, SMS, Tel)
    03-6120 3263 (Pejabat)
    03-6127 5582 (Faks)
    mhashimiah@gmail.com