• Peperiksaan Terakhir Sebelum Majlis Penyampaian Hadiah



    03 Mei 2015 - Hari ini bermulanya peperiksaan agama bagi para pelajar Madrasah Hashimiah. Mereka diuji dalam pelbagai aspek, antaranya hafazan, tajwid, tauhid. Peperiksaan bermula pada seawal 8 pagi sehingga 12 tengahari.



    proses pernilaian sedang dijalankan


    Beberapa orang guru agama yang mahir dalam bidang masing-masing dijemput untuk menilai prestasi para pelajar madrasah. Guru-guru tersebut akan memberikan markah mengikut kemahiran para pelajar dan memilih pelajar cemerlang yang akan menerima hadiah di Majlis Penyampaian Hadiah ke-15 pada 17 Mei nanti.


    Madrasah Hashimiah amat mengalu-alukan tajaan hadiah daripada orang ramai. Antara hadiah yang diperlukan adalah seperti berikut:

    Kipas Panjang-   RM 150-   18 unit
    Periuk Nasi-       RM 100-   18 unit
    Seterika-             RM 80-     18 unit


    Sesiapa yang berminat untuk menaja barangan elektrik tersebut boleh menghubungi pihak kami di 03-61203263 atau 03-61275582.


    En. Mohd Hadi Ramlee

    Pembantu Pegawai Tadbir
    018-2882 754 (WhatsApp, SMS, Tel)
    03-6120 3263 (Pejabat)
    03-6127 5582 (Faks)
    mhashimiah@gmail.com