• Peluang Untuk Tajaan Berbuka Puasa Kini Dibuka



    Sedar tak sedar, Ramadhan semakin hampir. Sepertimana bulan-bulan Ramadhan sebelum ini, Madrasah Hashimiah akan menguruskan berbuka puasa untuk anak-anak madrasah dan komuniti Myanmar Muslim dan Rohingya sekitar kawasan Pasar Borong Selayang.

    Dengan tajaan sebanyak RM500, hampir 200 orang dapat menikmati juadah berbuka dimana Madrasah Hashimiah menyediakan bubur daging istimewa, bubur barli, bihun dan kacang goreng.


    Manakala hanya dengan sumbangan RM250, para penyumbang dapat menaja penghuni Madrasah Hashimiah bersahur.

    Madrasah Hashimiah membuka peluang kepada orang ramai untuk menaja warga komuniti pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim termasuk anak-anak yatim dan miskin untuk bersahur dan berbuka puasa.

    Anak-anak Madrasah Hashimiah berbuka puasa dengan tajaan dari para penderma (2014)

    Kepada yang berminat untuk menaja atau ingin mengetahui lebih lanjut mengenai madrasah ini, bolehlah berhubung terus dengan bahagian pentadbiran Madrasah Hashimiah. Pihak Madrasah juga menerima sumbangan fidyah mengikut kadar yang ditetapkan oleh Pusat Zakat iaitu RM1.80 sehari. Untuk pengiraan fidyah, boleh rujuk di sini.

    Untuk sumbangan derma ikhlas juga sangat dialu-alukan., boleh salurkan ke akaun CIMB 8600202864 atas nama Madrasah Hashimiah

    Mohd. Hadi Ramlee
    Penolong Pegawai Tadbir
    03-6120 3263 / 03-6127 5582 (Pejabat)
    018-2882 754 (Telefon, SMS, WhatsApp)
    Email: mhashimiah@gmail.com