• Lembu Untuk Hari Raya Aidiladha Telah Ditempah


    2 September 2015. Alhamdulillah lembu untuk diqurbankan pada tahun ini sudah ditempah. Seekor lembu yang agak besar yang mampu menghasilkan lebih 400kg daging. Jumlah daging yang banyak ini dapat diagihkan kepada lebih ramai orang termasuk untuk kegunaan Madrasah Hashimiah terutama sekali anak-anak yatim dan miskin yang menetap di sini. Harga lembu ini ialah RM10,000 dan jumlah daging yang dapat dihasilkan bersamaan dengan tiga ekor saiz lembu biasa.

    Syukur kehadrat Illahi, setakat ini kita sudah menerima tempahan untuk dua bahagian lembu. Madrasah Hashimiah menetapkan harga untuk satu bahagian qurban ialah RM720 termasuk kos penyembelihan dan pengagihan. Biarpun harga satu bahagian ini tidak dapat menampung kos lembu sepenuhnya, pihak Madrasah Hashimiah akan cuba kumpulkan dana bagi mencukupkan jumlah keseluruhan lembu ini.

    lembu yang berwarna cerah ditempah dengan ketinggian hampir 2 meter

    Madrasah Hashimiah juga mengalu-alukan orang ramai yang ingin melakukan qurban seekor lembu mengikut kemampuan para penderma. Ada juga yang bertanya untuk lembu berharga RM5000, insyaAllah pihak Madrasah akan usahakan lembu yang terbaik dengan sumbangan qurban yang diberikan.

    Penyertaan qurban masih dibuka dan para dermawan yang berminat untuk melakukan qurban melalui Madrasah Hashimiah boleh hubungi terus pejabat Madrasah Hashimiah di 03-6127 5582 atau whatsapp di 018-2882 754.

    Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada para pederma  yang telah  menyumbangkan kepada kepada kami tidak kira dalam apa jua jenis sumbangan yang telah anda sumbangkan. Kami juga akan sentiasa mendoakan para penyumbang akan dimurahkan rezeki serta dipermudahkan segala urusan. Semoga amal kebaikan yang anda lakukan secara istiqomah dapat menolong orang yang memerlukan seperti kami di Madrasah Hashimiah tahfiz alquran & anak yatim

    Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa baik  anda. Terima kasih.

    Cik Ain
    Admin Madrasah Hashimiah
    Tel/Whatsapp: 018-2882 754 
    Tel/Faks: 03-6127 5582 
    Email: mhashimiah@gmail.com