• Keperluan Sebuah Gelombang Ketuhar Mikro


    Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah, pembelajaran anak-anak di Madrasah Hashimiah berjalan dengan lancar, berkat sokongan orang ramai dalam pelbagai bentuk untuk masa depan anak-anak yatim dan miskin pelarian di sini. Biar pun adakala terdapat keperluan-keperuan genting, namun begitu insyaAllah bakal dipermudahkan olehNya, amin.

    Satu lagi keperluan yang diperlukan di Madrasah Hashimiah ialah ketuhar gelombang mikro, atau lebih dikenali sebagai microwave. Microwave ini biasanya digunakan untuk memanaskan kembali makanan yang sedia ada. Alhamdulillah, ada juga para dermawan yang baik hati menyumbang makanan-makanan dalam bentuk pek, yang memudahkan anak-anak Madrasah Hashimiah menjamunya apabila lapar. Namun begitu, ada masanya makanan sudah agak sejuk dan di sini kami di Madrasah Hashimiah fikirkan alangkah baik sekiranya kita dapat miliki sebuah microwave.

    udang adalah makanan istimewa di Madrasah Hashimiah
    Anggaran harga sebuah microwave ini ialah antara RM400 hingga RM1000 bergantung pada jenis microwave. Model yang ada inverter pula dapat menjimatkan penggunaan elektrik di Madrasah. Kami di Madrasah Hashimiah dengan rendah dirinya membuka peluang kepada orang ramai untuk menaja sebuah microwave untuk kegunaan kami di sini. Para dermawan yang baik hati yang berminat untuk menaja microwave ini, boleh hubungi terus pejabat kami di 03-6127 5582 atau whatsapp di 018-2882 754.

    Kemaskini 11 September 2015, Madrasah Hashimiah telah terima tajaan microwave yang ditaja oleh Kindness Malaysia.

    Cik Ain
    Admin Madrasah Hashimiah
    Tel/Whatsapp: 018-2882 754 
    Tel/Faks: 03-6127 5582 
    Email: mhashimiah@gmail.com