Meriahnya Sambutan Hari Raya Aidiladha di Madrasah Hashimiah
25 September 2015 Sekali lagi Madrasah Hashimiah meyambut Hari Raya Aidiladha tahun ini pada 10 Zulhijjah 1437 Hijjrah iaitu bersamaan dengan 24 September 2015. Alhamdullilah tahun ini kami mendapat 7 ekor lembu dan 2 ekor kambing untuk di korbankan hasil dari sumbangan Al Khair Foundation dan penyumbang persendirian.
Tahun ini cara pengagihan daging Qurban telah ditukar kepada cara yang lebih sistematik dimana kita telah menukar kepada sistem berkupon. Sesiapa saja yang ingin mendapat daging dari pihak Madrasah mestilah berdaftar terlebih dahulu dan mesti mendapatkan sekeping kupon untuk setiap keluarga. Setiap penerima yang berdaftar akan mendapat sebungkus plastik daging seberat 2kg dimasukkan sekali dengan organ-organ dalaman seperti hati, limpa dan paru-paru lembu.
penerima menerima antara 2kg hingga 5kg daging qurban
wajah gembira menerima daging qurban
Alhamdullillah lebih 400 keluarga telah didaftarkan untuk menerima daging qurban,Setiap penerima yang berdaftar akan mendapat sebungkus plastik daging seberat 2kg dimasukkan sekali dengan organ-organ dalaman seperti limpa, hati dan paru-paru. Masing-masing kelihatan pulang dengan puas hati.
proses pendaftaran mendapatkan kupon agihan daging
proses menimbang dan membungkus
Syukur ke hadrat Illahi segalanya berjalan dengan lancar. Ramai pihak yang telah bertumus-lumus membantu segala kerja di sepanjang program ini, Malahan bukan setakat penduduk disini yang hadir untuk menolong orang luar juga turut menyertai untuk membantu.Alhamdullilah, hasil kerjasama yang baik dari semua pihak telah memudahkan lagi kerja kami disini.
Ucapan terima kasih daripada Ustaz Al Hafiz Hashim
Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada semua pihak yang telah banyak membantu di sepanjang program, Tidak lupa juga kepada sukarelawan dari Kindness Malaysia yang juga turut turun padang membantu kami di Madrasah Hashimiah ini. Dan ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada Al Khair Foundition yang menaja 3 ekor lembu besar untuk pihak Madrasah dan juga kepada pihak yang banyak memberi sumbangan kami disini. Semoga amal ibadah yang baik kita lakukan mendapat keberkatan dari yang Maha Esa dan mendapat kerahmatan darinya. Insha Allah amin.