• Latihan Pengajaran Guru Anjuran UNHCR


    4 Oktober United National High Commissioner for Refudges (UNHCR) telah mengadakan satu kursus untuk tenaga pengajar yang mengajar anak-anak di Madrasah Hashimiah. Kursus bermula pada pukul 9 pagi dan berakhir pada pukul 4 petang. Kursus ini dikendalikan sendiri oleh pensyarah dari Brickfield Asia College.

    Antara topik yang ditekankan adalah Asas Objektif Pembelajaran dan Rancangan Pengajaran. Sebagai tenaga pengajar yang peka, kita memerlukan rancangan pengajaran untuk dijadikan sebagai satu garis panduan untuk kita dalam mengajar subjek-subjek tertentu. Sebelum kita memulakan sesi pembelajaran kita perlu tahu objektif pembelajaran untuk subjek tersebut. Pengurusan pengajaran sangat penting supaya kita tidak jauh tersasar dari objektif yang sebenar.


    Amtara topik yang dibincangkan

    Perkara yang dibincangkan dalam kuliah itu juga adalah pelajar juga memerlukan proses transformasi di dalam pembelajaran harian mereka. Transformasi itu perlu dilakukan di dalam kelas supaya proses pembelajaran mereka konsisten dan berterusan. Kita sebagai tenaga pengajar perlu menerangkan kepada pelajar tentang isi kandungan tajuk yang mereka pelajari. Kami juga diberitahu tentang bagaimana mengendalikan pelajar-pelajar di dalam kelas dengan baik. Antara contoh yang diberikan oleh penceramah adalah dengan memberi ruang kepada pelajar dan jangan terlalu mengawal kerana ini akan menyebabkan mereka hilang fokus.

    Beberapa objektif pembelajaran dan hasil pembelajaran pelajar

    Terima kasih diucapkan kepada UNHCR kerana telah memberi peluang kepada tenaga-tenaga pengajar yang mengajar anak-anak pelarian untuk menghadiri kursus yang sangat bermakna untuk mereka. Terima kasih juga kepada pihak Brickfield Asia College kerana telah menyediakan seorang tenaga pengajar yang banyak memberi ilmu kepada kami semua. Moga-moga kami dapat menggunakan dan menyalurkan ilmu yang bermanfaaat ini dengan baik kepada. pelajar-pelajar disini. 

    Iylia Makhtar
    Admin Madrasah Hashimiah
    No tel/Whatsapp : 018-288 2754
    Tel/Faks ; +603-6127 5582
    E-mail : mhashimiah@gmail.com