• Ucapan Aidiladha Ustaz al Hafiz Hashim Pengetua Madrasah Hashimiah

    Ustaz al Hafiz Hashim berjubah putih
    Assalamualaikum wrb, 

    Saya Ustaz al Hafiz Hashim bin Kassim, pengetua Madrasah Hashimiah Tahfiz al Quran dan Anak Yatim. Alhamdulillah ucapan syukur ke hadrat Illahi pada 10 Zulhijjah 1437 Hijjrah iaitu bersamaan dengan 24 September 2015. Sekali lagi kita diberikan kesempatan menyambut Hari Raya Aidiladha. Dengan ini pihak Madrasah Hashimiah ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat islam. Tidak lupa juga ucapan ribuan terima kasih kami ucapkan kepada semua pihak yang banyak memberi sokongan & sumbangan kepada pihak Madrasah Hashimiah. Sumbangan anda amat kami hargai dan bermakna untuk anak-anak di Madrasah ini. 

    Hanya Allah yang mampu membalas segala jasa baik anda. Semoga amal kebaikan yang kita lakukan ini adalah untuk semata-mata untuk mendapat ganjaran syurga dan untuk bekalan di akhirat kelak.

    Ustaz Al Hafiz Hashim
    Pengetua 
    Madrasah Hashimiah Tahfiz Al Quran dan Anak Yatim