• Persediaan Untuk Qurban 1436 (2015) di Madrasah Hashimiah



    Alhamdulillah tahun ini sebanyak tujuh ekor lembu dan dua ekor kambing bakal diqurbankan untuk Raya Aidiladha nanti. Jumlah ini adalah yang paling banyak setakat ini dimana daripada tujuh ekor lembu tersebut, empat ekor yang bersaiz besar manakala lagi tiga ekor bersaiz sedang. Tiga ekor lembu besar telah mendapat tajaan daripada Al Khair Foundation melalui Kindness Malaysia.

    Tahun ini sistem kupon dilaksanakan untuk untuk merekodkan penerima serta jumlah daging yang dapat dihasilkan dari haiwan qurban. Masyarakat setempat di Madrasah Hashimiah terdiri daripada komuniti pelarian Myanmar Muslim dan juga Rohingya. Pendaftaran untuk kupon bermula hari ini sehingga kupon habis. Lebih kurang 400 kupon disediakan dan setiap bungkusan daging qurban akan dipek antara 1 kg hingga 5 kg.

    kupon untuk penerima daging qurban

    lembu yang dihantar menggunakan lori

    pisau seramik ditaja oleh orang ramai yang akan digunakan untuk melapah
    Daging qurban ini juga akan mengisi kembali peti sejuk beku Madrasah Hashimiah yang selalunya penuh satu perempat sahaja dengan bahan mentah seperti daging dan ayam. Orang ramai yang beraya di ibu kota Kuala Lumpur dialu-alukan untuk turut serta memeriahkan ibadah qurban bersama Madrasah Hashimiah. Pada yang ingin membantu sebagai sukarelawan juga amat digalakkan.

    Semoga ibadah qurban tahun ini lebih bermakna buat semua umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia.

    Muhammad bin Kamarulazizi
    Pengerusi
    Madrasah Hashimiah