• Akiviti Membaca Pada Hujung Minggu di Madrasah Hashimiah



    18 October 2015 Aktiviti mingguan pelajar  di Madrasah Hashimiah pada masa lapang. Bila ada masa lapang anak-anak gemar berkunjung di pejabat Madrasah untuk membaca buku, Oleh kerana di Madrasah ini kekurang ruang yang cukup untuk di jadikan pepustakaan kami telah menjadikan pejabat Madrasah sebagai "Mini library'.

    Anak-anak lebih  gemar membaca buku-buku fiksyen seperti cerita dogeng kerana kandungan cerita dan gambar-gambar terdapat di dalam cerita yang menarik minat mereka untuk membaca. Buku yang kami perolehi adalah hasil dari sumbangan orang ramai. Pelbagai jenis koleksi buku yang terdapat di 'Mini Library".

    Antara buku yang menjadi kegemaran anak-anak


    Antara koleksi buku di "Mini library" 

    Alhamdulillah, ucapan  syukur ke hadrat Illahi kerana masih ada pihak yang prihatin dan sentiasa menghulurkan sumbangan pada pihak yang memerlukan seperti kami di Madrasah Hashimiah ini.

    Jutaan terima kasih pada para penyumbang yang banyak memberikan sumbangan pada pihak kami setiap sumbangan anda amat kami hargai. Kami mendoakan agar anda sentiasa dimurahkan rezeki dan sentiasa di bawah kerahmatanya. Isha Allah, amin.


    Ain Natasya
    Admin Madrasah Hashimiah
    Tel/Whatsapp : 018 288 2754
    Tel/Faks : +603-6127 5582
    E-mail : mhashimiah@gmail.com