• Uniform Pertama Untuk Pelajar-pelajar Madrasah Hashimiah



    12 November 2015. Madrasah Hashimiah telah menerima baju uniform yang pertama dan akan digunakan setiap hari Isnin, hari pertama minggu persekolahan. Baju uniform pertama ini adalah tshirt dengan logo Madrasah di hadapan dan tulisan di belakang.

    InsyaAllah perancangan masa akan datang Madrasah Hashimiah akan mempunyai pakaian uniform yang dapat digunakan setiap hari oleh murid-murid di Madrasah. Contoh yang bersesuaian ialah menggunakan uniform sekolah kebangsaan, mudah didapati dan harga juga berpatutan.




    Pihak Madrasah Hashimiah ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada dermawan yang telah menyumbang pakaian uniform sekolah. Pada individu mahupun syarikat korporat yang berminat untuk menaja pakaian uniform sekolah, boleh hubungi pejabat Madrasah di 0361203263.

    Iylia Makhtar
    Admin Madrasah Hashimiah
    No tel/Whatsapp : 018-288 2754
    Tel/Faks ; +603-6127 5582
    E-mail : mhashimiah@gmail.com