• Kini Madrasah Hashimiah Telah Memiliki Sebuah Printer Ink Jet Baharu




    19 October 2015, Alhamdulilah kini satu lagi kelengkap telah ada di Madrasah Hashimiah. Sebuah mesin pencetak (Printer) yang baru telah pun dimiliki di Madrasah ditaja oleh penderma tetap Madrasah 'Group Shazlien'.

    Printer sebelum ini berkhidmat dengan baik tetapi selepas sudah beberapa kali dibaiki, mesin printer lama (jenama Canon) sudah tidak dapat digunakan lagi. Kini dengan adanya printer baru dapatlah memudahkan lagi segala urusan  kerja di pejabat Madrasah dan tidak perlu lagi mencetak atau fotostat kertas latihan kerja sekolah di madrasah.

    Bersama kak Shazlien penyumbang tetap di Madrasah Hashimiah

    Ribuan terima kasih kami ucapkan pada kak Shazlien dan sahabat-sahabat yang tak pernah lokek sentiasa menghulurkan bantuan di Madrasah Hashimiah. Kami sangat menghargai setiap sumbangan yang anda hulurkan tidak kiralah dari apa jenis sumbangan. Hanya dengan iringan doa yang mampu kami balas untuk setiap kebaikan anda semua. Semoga amal kebaikan ini akan beristiqomah dan semoga dimurahkan rezeki dan sentiasa dibawah kerahmatanya, Insha Allah, Amin.

    Ain Natasya 
    Admin Madrasah Hashimiah
    Tel/Whatsapp : +018 288 2754
    Tel/Faks : +603-6127 5582
    E-mail : mhashimiah@gmail.com