• Hari As-Syura Di Madrasah Hashimiah




    22 October 2015, Hari As-Syura di Madrasah Hashimiah. Anak-anak di Madrasah berkesempatan untuk meraikan hari As-Syura pada 22 October 2015 bersamaan 10 Muharram 1437 Hijrah yang dianjurkan oleh pengetua Madrasah (Ustaz Hashim) sendiri.

    Program bermula pada pukul 10 pagi dengan sedikit ucapan dan tazkirah dari ustaz Hashim dan selesai pada pukul 12 ptg diakhiri dengan sedikit jamuan yang disediakan oleh guru-guru Madrasah.Selain daripada memberi tazkirah Ustaz Hashim Juga telah mengadakan satu pertandingan Kuiz pop mengenai peristiwa-peristiwa penting yang berlaku pada hari As-Syura, Dan pemenang kuiz akan mendapat hadiah yang lumayan dari Ustaz Hashim.

    anak-anak mendapat poket duit seringgit seorang dari Ustaz Hashim

    Anak-anak mendengar tazkirah

    Alhamdullilah, anak-anak kelihatan gembira dan pulang dengan kenyang serta dapat membawa lebihan makanan untuk dijamu dirumah bagi pelajar yang berulang balik dari rumah. Bagi yang duduk diasrama pulak tidak melepaskan perluang dengan membelikan makanan ringan mereka di gerai  kegemaran  mereka di depan Madrasah.

    Anak-anak menikmati juadah

    Staff Madrasah dan sukarelawan dari KIndness Malaysia turut menikmati juadah
     Alhamdulilah lagi sekali di lafazkan kepada Maha pemberi rezeki dan  Maha pemberi rahmat kerana denga izinnya dapatlah anak-anak merasai sedikit sebanyak Hari As-syura yang diadakan dengan ringkas namun penuh dengan rahmatnya. Ucapan terima kasih kami ucapan kepada para penderma yang banyak membantu disini sedikit sebanyak dapat mengurangkan keasusahan anak-anak di Madrasah hashimiah ini. Dan tidak lupa juga kepada sukarelawan kita  dari Kindness Malaysia yang tidak melepaskan peluang bagi menjayakan program kami disini.

    Ain Natasya
    Admin Madrasah Hashimaih
    Tel/Whatsapp : 018 288 2754
    Tel/Faks : 03-6127 5582
    Email : mhashimiah@gmail.com