• Perlawanan Persahabatan Pasukan Futsal Madrasah Hashimiah




    4 Oktober 2015 Satu perlawanan persahabatan futsal antara sukarelawan Kindness Malaysia telah diadakan bertempatkan di KSL Sport Sri Gombak  Futsal Centre program bermula pada 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 2.00 petang Melibatkan pasukan Kindness Malaysia , Madrasah Hashimiah dan Asrama Darul Falah (ASDAF) sebanyak 6 pasukan lelaki dan 3 pasukan wanita telah menyertai perlawanan ini.

    Tujuan perlawanan ini diadakan adalah bagi mengeratkan hubungan  ukhuwah silatulrahim sesama sukarelawan dan anak-anak yang lain. Selain mengeratkan silatulrahim aktiviti yang berfaedah seperti ini juga dapat menyihatkan tubuh badan dan mengisi masa lapang dengan baik.

    Pasukan Hasmiah A menentang Pasukan Hashimiah B



    Pasukan wanita dari ASDAF
    Alhamdulillah, sepanjang program anak-anak kelihatan gembira walaupun pasukan Madrasah Hashimiah hanya merangkul tempat ke-2 namun mereka kelihatan berpuas hati. Taniah diucapkan kepada pasukan ASDAF yang merangkul sebagai johan dan tempat ke-3 dan taniah juga diucapkan buat pasukan Kindness Malaysia yang gigih bermain bersama anak-anak.


    Majlis Penyampaian hadiah

    Pemain terbaik


    Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada penaja Plus Malaysia dan juga Rangsangmas Holiday Sdn bhd, Kanvas Jalanan, Leg Godt : Play Well dan Ireena Design kerana banyak memberi sumbangan kepada pihak kami. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada pihak Kindess Malaysia yang menganjurkan aktiviti sihat seperti ini. Semoga kita semua mendapat rahmat dan keberkatan darinya. Insha Allah, amin.

    Ainnatasya
    Admin Madrasah Hashimiah,
    No Tel/Whatsapp : +018 288 2754
    Tel/Faks : +603-6127 5582
    Email : mhashimiah@gmail.com