• Sumbangan Tshirt Sekolah Untuk Penghuni Madrasah Hashimiah




    6 Oktober 2015 Kini Madrasah Hashimiah telah menerima sumbangan tshirt seragam sekolah dari Encik Sani Hamid yang berhati mulia. Sebanyak 392 helai baju telah diterima 256 baju berlengan pendek untuk pelajar lelaki dan guru-guru lelaki manakala 136 berlengan panjang untuk pelajar wanita dan guru-guru wanita.Seramai 179 pelajar telah menerima tshirt seragam Manakala seramai 19 guru-guru termasuk pekerja Madrasah pun menerima tshirt seragam.

    Bahagian depan logo Madrasah Hashimiah

    Warna hitam untuk staf Madrasah Hashimiah

    Tshirt seragam ini akan diguna pada setiap hari Isnin sebagai permulaan sesi petama pembelajaran pada setiap minggu dan juga digunakan jika ada aktiviti diluar. Anak-anak kelihatan gembira ketika menerima tshirt dan guru-guru juga berpuas hati  kerana Tshirt yang diterima sangat sesuai digunakan.

    Ribuan terima kasih diucapkan kepada Encik Sani Hamid telah telah banyak memberi sumbangan kepada pihak Madrasah Hashimiah sumbangan anda amat kami hargai. Dan tidak lupa juga  ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada para penyumbang yang lain. Hanya iringan doa dari kami yang mampu kami berikan semoga apa yang kita lakukan adalah semata-mata untuk mendapat kerahmatan dan keberkatan hidup darinya. Insha Allah, amin.

    Hanya Allah sahaja yang mampu membalas segala jasa dan kebaikan anda semua.

    Ainnatasya
    Admin Madrasah Hashimiah,
    No Tel/Whatsapp : +018 288 2754
    Tel/Faks : +603-6127 5582
    Email : mhashimiah@gmail.com