printer yang dikenal pasti |
Tajaan Sebuah Mesin Cetak (Printer) Diperlukan
9 Oktober 2015 Satu lagi keperluan yang diperlukan di Madrasah iaitu sebuah mesin pencetak (printer). Di Madrasah Hashimiah, printing dan fotostat kerap digunakan terutama sekali menjelang waktu peperiksaan. Boleh dikatakan setiap hari aktiviti mencetak dilakukan di Madrasah. Mesin pencetak yang lama di Madrasah kini tidak dapat berfungsi dengan baik kerana kegunaan yang agak "heavy duty".
Sehubngan dengan itu. kami di Madrasah Hashimiah ingin mencari penaja yang bermurah hati untuk membeli sebuah mesin pencetak (Printer) . Disini kami ingin mencadangkan beberapa jenis jenama mesin cetak yang boleh dibeli seperti EPSON L360 atau EPSON L220. Ini adalah beberapa pilihan yang telah kami kenal pasti oleh kerana mudah digunakan, dapat mencetak dengan kuantiti yang banyak dan harga untuk isi semula ink juga murah. Harga yang diperoleh ialah RM628 bagi model L360 yang mempunyai kebolehan mencetak, fotostat dan scan manakala model L365 berharga RM728 dengan kebolehan yang sama ditambah dengan kebolehan wifi (boleh cetak dari pelbagai sumber komputer).
Kami berharap agar ada pihak yang sudi menaja sebuah mesin pencetak kepada pihak Madrasah Hashimiah kerana ini adalah salah satu keperluan yang penting di Madrasah. Kami sangat mengharapkan sokongan dan dorongan dari pihak anda, Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita tidak kira urusan didunia mahupun urusan di akhirat kelak. InsyaAllah, amin.
Jika berminat untuk menaja boleh hubungi pihak kami disini.
Ain Natasya
Admin Madrasah Hashimiah
Tel/Whatsapp: 018 288 2754
Tel/Faks: +603-6127 5582
Email: mhashimiah@gmail.com
\