• Borang Sumbangan Ramadhan 2016/1437H Madrasah Hashimiah


    Setiap tahun Madrasah Hashimiah Tahfiz Al-Quran dan Anak Yatim akan menyediakan brosur serta borang derma untuk diedarkan kepada para dermawan yang bermurah hati pada awal bulan Ramadhan. Tahun ini kami sekali lagi ingin mengajak orang ramai serta syarikat korporat mahupun agensi kerajaan untuk bersama-sama membantu kami tidak kira sumbangan besar mahu pun kecil.

    Seperti tahun-tahun sebelumnya, sumbangan bulan Ramadhan ini akan digunakan untuk menampung kos operasi, makanan serta pembelajaran anak-anak yatim dan miskin pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim di Madrasah Hashimiah. Setiap sumbangan yang diterima ini digunakan secara efisyen terutama sekali melibatkan kos-kos yang memerlukan wang Ringgit seperti sewa bulanan, bil air dan elektrik dan gaji para guru di sini. 


    Berkenaan dengan gaji guru, nilai hanya antara RM600 hingga RM1200 sebulan bergantung kepada pengalaman dan alhamdulillah, empat orang guru di Madrasah Hashimiah ditaja setiap bulan oleh dermawan yang baik hati. Jumlah keseluruhan guru, warden dan tukang masak di Madrasah Hashimiah ialah 14 orang yang mengajar dan menjaga 170- 200 orang murid di waktu sesi pembelajaran dan 50 daripada mereka tinggal di asrama.

    Sehubungan dengan itu, berbesar hati kami jika anda yang sedang membaca ini dapat bersama-sama kongsikan sedikit rezeki dengan anak-anak kami agar kami dapat terus melangsungkan operasi Madrasah Hashimiah ini. 



    Sumbangan boleh dilakukan terus ke akaun CIMB Islamic di 8600202864 atas nama Madrasah Hashimiah (Email: mhashimiah@gmail.com). Resit akan diberikan atas permintaan. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi terus pejabat Madrasah Hashimiah di 018-2882 754 (boleh Whatsapp) atau di  03-6127 5582.

    Semoga dengan usaha ini menjadi bekalan yang bermakna di Hari Sana Kelak. Amin ya Rabbal Alamin.

    Borang dan brosur Ramadhan 2016/1437H boleh dimuat turun di sini.

    Muhammad bin Kamarulazizi
    Pengerusi
    Madarasah Hashimiah Tahfiz Al Quran dan Anak Yatim