• Peluang Untuk Tajaan Berbuka dan Sahur Ramadhan 2016/1437H Kini Dibuka


    Menjelang bulan yang penuh barokah ini, Madrasah Hashimiah Tahfiz Al Quran dan Anak Yatim membuka peluang kepada orang ramai untuk bersama-sama kami menaja anak-anak warga penghuni Madrasah Hashimiah untuk berbuka puasa serta sahur di sepanjang bulan Ramadhan.

    Peluang berbuka puasa untuk anak-anak Madrasah Hashimiah

    Seperti tahun-tahun sebelumnya, nilai tajaan adalah seperti berikut:

    Berbuka Puasa: RM500 (sehari)
    Jumlah Penerima: 100-150 anak-anak yatim dan miskin pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim
    Menu: Bubur daging istimewa (Buburma), bubur barli, bihun dan kacang go
    reng.

    Sahur: RM500 (sehari)
    Jumlah Penerima: 80-100 orang anak-anak yatim dan miskin pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim
    Menu: Nasi goreng, bihun goreng, bubur barli dan kacang goreng

    Ustaz al Hafiz Hashim memulakan doa buat para dermawan yang bermurah hati 
    Bagi yang berminat untuk berkongsi rezeki dengan anak-anak kami di Madrasah Hashimiah, boleh lakukan terus ke akaun CIMB Islamik di 8600202864 atas nama Madrasah Hashimiah. Untuk tempahan tarikh boleh hubungi pejabat Madrasah Hashimiah di  018-2882 754 (WhatsApp)
    atau 03-6127 5582. Pihak Madrasah juga menerima sumbangan fidyah mengikut kadar yang ditetapkan oleh Pusat Zakat iaitu RM1.80 sehari.

    Semoga usaha kita semua mendapat keberkatan sepenuhnya di bulan Ramadhan ini.

    Muhammad bin Kamarulazizi
    Pengerusi
    Madrasah Hashimiah Tahfiz Al Quran dan Anak Yatim