• Majlis Naik Al Quran dan Tahfiz Buat Murid Cemerlang


    Seramai dua belas orang anak murid dari kelas Iqra dinaikkan ke kelas Al Quran dan lima orang lagi dinaikkan ke kelas Tahfiz. Majlis kecil dijalankan dengan kehadiran Mufti dari Myanmar iaitu Ustaz Samiullah yang turut menilai bacaan anak-anak Madrasah Hashimiah.

    majlis disaksikan oleh semua anak murid

    Ustaz Hashim bersama Mufti Samiullah

    Tekun mendengar bacaan murid-murid cemerlang


    Majlis sehari ini menunjukkan kesungguhan anak-anak Madrasah Hashimiah belajar bagi mencapai impian masing-masing untuk menghafaz 30 juzuk al Quran. Pengetua Madrasah Hashimiah, Ustaz Al  Hafiz Hashim Kassim turut hadir bagi memastikan majlis berjalan dengan lancar.

    Pihak Madrasah mengucapkan jutaan terima kasih kepada para dermawan dan sukarelawan yang sentiasa memberi sokongan kepada Madrasah Hashimiah. Semoga Allah memberkati semua, amin.

    Muhammad bin Kamarulazizi
    Pengerusi 
    Madrasah Hashimiah