• Hari Pertama Berbuka Puasa di Madrasah Hashimiah


    Hari pertama berbuka puasa untuk tahun 2016 ini agak meriah dengan anak-anak Madrasah Hashimiah dapat merasai bubur harlem atau lebih dikenali sebagai buburma. Bubur istimewa ini adalah resepi Ustaz Hafiz Hashim juga pengetua Madrasah Hashimiah.

    Setiap hari di bulan Ramadhan, anak-anak Madrasah Hashimiah akan menikmati buburma, bubur barli dan bubur kacang kuda. Makanan sampingan yang lain seperti samosa dan bihun juga dinikmati ketika berbuka. Biasanya anak-anak di sini akan berbuka bukanlah dengan makanan berat. Buburma ini walaupun kuantitinya sedikit, tapi dapat mengalas perut sehingga selesai solat tarawih.

    anak-anak Madrasah Hashimiah dengan sumbangan pek goodies dari dermawan yang baik hati

    ada juga dermawan yang memberikan kek coklat kepada anak-anak Madrasah Hashimiah untuk dinikmati ketika berbuka puasa

    Madrasah Hashimiah mengucapkan terima kasih kepada penaja yang menaja anak-anak kami berbuka puasa dan juga sahur. Kos RM500 untuk berbuka atau sahur ini dinikmati oleh 100 hingga 150 orang anak-anak Madrasah Hashimiah serta komuniti pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim yang tinggal di sekitar Pasar Borong ini.

    Pada yang berminat untuk menaja, boleh terus lakukan ke akaun CIMB 8600202864 atas nama Madrasah Hashimiah. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi pejabat Madrasah Hashimiah di  018-2882 754. Semoga semua mendapat keberkatan dariNya, amin.

    Muhammad bin Kamarulazizi
    Pengerusi
    Madrasah Hashimiah
    www.facebook.com/hashimiah