• Jemputan Berbuka Puasa di Hotel Novotel Yang Best!


    17 Jun 2016. Pertama kali anak-anak Madrasah Hashimiah dapat merasakan sendiri pengalaman berbuka puasa di hotel untuk tahun ini, terima kasih kepada pihak pengurusan Hotel Novotel yang telah menjemput 20 orang anak-anak Madrasah Hashimiah untuk berbuka puasa di sini. Boleh saya katakan perancangan yang dilakukan oleh pihak Novotel ini adalah antara yang terbaik. Bermula dari urusan perbincangan melalui telefon, seterusnya bersambung di Whatsapp dan juga email, semuanya lancar tanpa banyak karenah.

    Bagi memastikan keselesaan anak-anak kami, pihak Novotel telah menempah empat buah limo untuk ambil anak-anak kami dari Madrasah Hashimiah terus ke Hotel Novotel yang terletak di Jalan Kia Peng. Setibanya kami di sana, kami disambut oleh pihak pengurusan seperti VIP. Layanan baik dari pihak Marcomm dan juga staf restoran cukup mesra membuatkan anak-anak kami rasa seperti orang-orang yang penting. Tempat khas disediakan dan staf Novotel mula mengajak kami untuk ambil makanan berbuka puasa.

    Puan Susan Anthony, GM Hotel Novotel beramah mesra dengan anak-anak Madrasah Hashimiah

    anak-anak Madrasah Hashimiah mengambil lauk

    pelbagai manisan disediakan

    chef juga meluangkan masa dengan anak-anak kami bertanyakan tentang makanan yang disediakan

    Makanan yang pelbagai di sini dilihat sangat menyelerakan. Anak-anak beratur dan ambil nasi serta lauk-lauk dan tidak lupa kambing golek dengan empat jenis sos yang disediakan itu. GM Hotel Novotel turut beramah mesra dengan anak-anak kami, tidak perlu banyak protokol ini membuatkan anak-anak kami selesa.

    Selesai berbuka, kami dibawa ke surau yang disedia khas, besar dan selesa bagi memudahkan anak-anak kami solat Maghrib. Staf Novotel yang beragama Islam juga solat Maghrib bersama kami. Selesai solat, kami dibawa kembali ke restoran, untuk menjamu pencuci mulut seperti ais krim dan juga manisan. Setiap anak-anak kami diberi duit raya dan goodies dan para penjaga juga menerima sekali. Sesi fotgrafi juga diambil dan kami semua dieskort sehingga ke limo sebelum dihantar pulang ke Madrasah Hashimiah.

    kami bersalaman dahulu sebelum pulang

    Ustaz Hashim pengetua Madrasah Hashimiah menerima goodies dari pihak Hotel Novotel

    Puan Ching Sing melakukan kerja yang sangat baik menguruskan majlis berbuka puasa untuk anak-anak kami

    terima kasih buat pihak Hotel Novotel


    Pengalaman ini sangat bermakna dan kami di Madrasah Hashimiah mengucapkan jutaan terima kasih atas layanan yang sangat istimewa. Pihak staf, marcomm serta GM pihak Hotel Novotel telah melakukan kerja yang sangat baik menyantuni anak-anak kami. Ini yang saya dapat sebutkan sebagai kindness yang sebenar. Semoga perniagaan bertambah maju di masa akan datang.

    Pengalaman anak-anak Madrasah Hashimiah merasai sendiri makan yang enak oleh pihak Hotel Novotel


    Muhammad bin Kamarulazizi
    Pengerusi
    Madrasah Hashimiah
    www.facebook.com/hashimiah