• Percutian Anak-anak Madrasah Hashimiah Ke Port Dickson



    Alhamdulillah, sebelum bermulanya sesi persekolahan di Madrasah Hashimiah, anak-anak Madrasah Hashimiah berpeluang untuk pergi berkelah di Port Dickson selama dua hari satu malam. Percutian bajet ini dirancang sebelum Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini. Pengajian akan bermula kembali seminggu selepas raya dan percutian ini bertujuan untuk memberi anak-anak Madrasah Hashimiah yang gigih membantu ketika di bulan Ramadan. Dari menyediakan makanan, melayan tetamu yang datang dan pelbagai lagi.

    anak-anak gembira mandi laut

    Sukaneka di tepi pantai

    beg sekolah dijadikan beg pakaian masing-masing

    Anak-anak Madrasah Hashimiah tibadi Port Dickson jam 10 pagi dan terus lakukan aktiviti di tepi pantai. Acara sukaneka dan mandi manda diaturkan sendiri oleh para guru. Masuk waktu tengahari, anak-anak ini makan tengahari dan check in di apartment pada jam 2 petang. Kami menempah dua buah apartment yang mempunyai 3 buah bilik. Sebuah untuk anak-anak lelaki dan sebuah lagi untuk perempuan. Kebanyakan daripada mereka tidak pernah merasai tinggal di hotel (apartment) dan ramai yang teruja. Alhamdulillah, ada rezeki sedikit dan tajaan daripada beberapa orang individu, anak-anak Madrasah Hashimiah dapat merasai percutian di tepi pantai.

    Menikmati makanan tengahari

    Kami di Madrasah Hashimiah ingin ucapkan jutaan terima kasih buat penaja yang bermurah hati. InsyaAllah seminggu selepas raya ini akan bermula kembali pembelajaran anak-anak Madrasah Hashimiah. Semoga semua yang terlibat mendapat keberkatan dariNya.

    Muhammad bin Kamarulazizi
    Pengerusi
    Madrasah Hashimiah