• Kenyataan Berkenaan Isu Liwat di Selayang

    Saya dan Ustaz Hashim

    Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kisah sekolah Maahad di Utara Tanah Air berkenaan dengan salah laku guru terhadap muridnya. Tahniah buat Wardina Safiah kerana membuka mata rakyat Malaysia berkenaan isu sebegini.

    Di ruangan komen akaun Wardina Safiah, ada juga pengalaman sukarelawan yang berhadapan isu yang sama dan kali ini melibatkan sekolah tahfiz pelarian di Selayang. Untuk pengetahuan semua, di Selayang sendiri terdapat banyak sekolah tahfiz pelarian Rohingya dan Madrasah Hashimiah juga adalah salah satu pusat tahfiz yang menempatkan anak-anak pelarian.

    Saya menerima banyak panggilan serta pertanyaan berkenaan dengan isu ini. Tegas saya di sini ingan menyatakan bahawa sekolah tahfiz di selayang yang terlibat dengan aktiviti terkutuk itu bukan Madrasah Hashimiah. Bagi kami, perbuatan seperti ini dikutuk sekeras-kerasnya dan perlu dibawa ke muka pengadilan.

    Isu yang dimuat naik oleh Wardina Safiyyah



    Lanjutan isu yang dimuatnaikkan

    isu yang melibatkan sekolah tahfiz di Selayang

    Alhamdulillah, sepanjang penubuhan Madrasah Hashimiah sejak 1997, kami tidak pernah menghadapi isu masalah tidak bermoral seperti liwat. Pengambilan guru diselia ketat oleh Pengetua kami sendiri iaitu Ustaz al Hafiz Hashim sendiri. Kualiti guru dari segi ilmu dan akhlaq itu penting bagi menjadi contoh yang baik buat anak-anak murid kami di sini.

    Akhir kata, kami mengucapkan terima kasih kepada yang mengambil berat tentang Madrasah Hashimiah dan sama-sama kita doakan agar semua terus mendapat keberkatan dariNya.

    Muhammad bin Kamarulazizi
    Pengerusi
    Madrasah Hashimiah