• Guru Umpama Pelita Terangi Jalan Yang Gelap


    Menjadi satu kewajipan kepada semua anak anak Madrasah Hashimiah untuk menjalani peperiksaan yang di sediakan oleh pihak Madrasah Hashimiah. Ia untuk menilai peristasi anak anak sama ada mereka bersedia untuk ke peringkat yang seterus nya. Peperiksaan terbahagi kepada dua bahagian, iaitu fardu ain dan akedemik. Fardu ain terbahagi kepada tujuh bahagian iaitu Al Quran, Hafazan, Tajwid, Doa, Tauhid, Ibadah dan Fekah. Untuk bahagian akedemik pula ia pecahan kepada enam bahagian, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Myanmar, Sains, Matemetik, Bahasa Inggeris dan Asas Komputer.

    Kelas Asas Komputer 

    Dalam suasana kelas yang begitu bising dengan telatah anak anak madrasah yang sering bertanyakan soalan yang banyak, namun guru guru di sini akur dan memberi jawapan dengan penuh hemah dan tegas. Tugas guru bukanya senang kerana memerlukan kesabaran yang cukup tinggi untuk menghadapi pengatahuan ingin tahu dari anak anak madrasah terutama dalam mengajar Bahasa Melayu, kerana bahasa itu begitu asing bagi kanak kanak dalam lingkungan enam tahun hingga lapan tahun. Masa itu mereka baru ingin mengenali dunia luar dan sifat ingin tahu melebihi usia mereka .

    En Fauzan sedang mencurahkan ilmu 

    Di sni kami masih kekurangan tenaga pengajar Bahasa Melayu. Tugas mengajar di ambik alih oleh En Fauzan yang jugak seorang pelajar yang buat latihan industri di Madrasah Hashimiah dalam bidang Sarjana Kerja Sosia UKM cawangan Cheras, Kuala Lumpur. Di sini juga guru di jadikan sebagai ayah dan ibu angkat bagi mereka yang tiada ke dua ibu bapa kepada anak anak di madrasah. Komitmen itu telah menunjuk guru memerlukan pendapatan untuk menampung kehidupan seharian dalam tempah selama mereka mengajar di madrasah. Oleh itu jika ada pihak pihak yang ingin menyumbang atau menaja gaji para guru guru di Madrasah Hashimiah. 
      
    Anak anak sedang menulis untuk kehidupan akan datang 

    Terima kasih kepada penderma yang baik hati, moga Allah membantu mereka dan memurahkan rezeki mereka. Bagi mereka yang bermurah hati dan berminat untuk memberikan derma bolehlah terus ke Madrasah Hashimiah. Selain itu, sumbangan boleh dilakukan melalui bentuk kewangan di CIMB Bank, Nombor akaun - 8600202864 (Madrasah Hashimiah) . Ataupun boleh hubungi Pengetua Madrasah Hashimiah iaitu Ustaz Hashim Bin Kassim di talian 019-262 1671.


    Mohamad Fazlan Bin Mohamad Ashraf
    Penolong Pegawai Takbir
    Madrasah Hashimiah